Tajuk taknak kalah kan tapi sebenarnya korang tahu tak Mr Beast mencatat pendapatan sebanyak $54 million melalui Youtube pada tahun 2021? Menurut Forbes, Mr Beast merupakan pemegang rekod nombor 1 sebagai “Highest Paid Youtuber” diikuti dengan beberapa nama popular yang lain seperti Jake Paul dan juga Markiplier.
Platform Youtube mencatat sebanyak 122 juta pengunjung aktif setiap hari.
Bukan setiap bulan ya, tapi setiap hari.
Jadi kalau korang dah ready, teruskan membaca sebab saya akan kongsikan 5 cara mudah untuk buat duit menggunakan Youtube.
Jom!
CARA 1 : Jana pendapatan melalui Ad Revenue sebagai Youtube Partner

Ad revenue adalah strategi paling mudah untuk seorang Youtuber mula menjana pendapatan. Langkah pertama ialah dengan mendaftar di Youtube Partner Program dan korang akan mendapat akses kepada pelbagai fungsi monetization melalui Google Adsense.
Cuma, untuk mendaftar di program terdapat beberapa syarat yang korang kena tepati dulu antaranya ialah:
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Channel Youtube yang mempunyai 1000 subscribers dan juga 4000 watch hours dalam masa 12 bulan
Sekiranya korang menepati kriteria di atas, korang dah boleh la mula setup akaun Google Adsense untuk mula menerima gaji daripada Youtube!
Mudah kan?
Tapi…. Eh mesti la ada tapi..
Korang kena pastikan konten yang korang sediakan adalah konten yang mesra pengiklan (advertiser-friendly), menepati syarat Hak Cipta Terpelihara (copyright law), patuh kepada undang-undang dalam Youtube Partner Program Policy dan juga Youtube Community Guidelines.
Nampak macam susah sebab ada banyak syarat kan?
Tapi sebenarnya, tak susah pun.
Nasihat saya satu je, korang sediakan video yang memberi manfaat kepada penonton. Nak senang cerita, konten yang murni-murni je lah bukan konten yang mengundang kontroversi!
Senang kan?
Tapi… jangan bergantung kepada Ads sahaja!
Bila korang serious untuk buat duit guna Youtube, korang tak boleh fokus kepada pengiklanan sahaja.
Kenapa?
Ini sebabnya:
- Syarat video mesra pengiklanan sangat ketat & korang tak boleh silap sikit pun senang je Youtube nak kick korang dari Youtube Partner Program
- Komisen yang sedikit sebab Youtube akan ambil purata 45% dari komisyen iklan yang korang peroleh.
Tapi jangan risau, teruskan membaca sebab saya akan kongsikan beberapa cara yang lebih menguntungkan!
CARA 2: Menjadi duta jenama

Duta jenama atau ‘brand influencer’ adalah strategi paling mudah untuk membolot 100% keuntungan dari hasil titik peluh korang buat video tanpa perlu berkongsi dengan Youtube.
Bunyi macam bercita-cita tinggi sangat kan? Tapi sebenarnya tak susah pun.
Cara untuk menjadi duta jenama atau ‘brand influencer’
- Buat senarai brand atau produk yang korang nak promosikan bersesuaian dengan niche channel Youtube korang.
- Hubungi pemilik brand atau produk tersebut dan mulakan rundingan. Rundingan ni bergantung pada kesesuaian produk dengan channel korang, berapa jumlah viewers, kualiti konten yang korang sediakan dan juga engagement.
- Buat video seperti yang telah dipersetujui dan jangan lupa letakkan tag ‘sponsored content’ dalam video tersebut untuk mematuhi Google’s Ad Policies.
Mesti korang tertanya-tanya berapa banyak korang boleh dapat duit sebagai duta jenama kan?
Menurut Statista, sebuah channel Youtube yang mempunyai:
- lebih daripada 1 juta pengikut memperoleh purata minimum $7332 untuk sebuah video sponsored content.
- 100000 – 1 juta = USD 1306
Untuk small creators pula, sebuah kajian di klear.com menunjukkan purata kadar bayaran adalah seperti berikut:
- 500 – 5000 pengikut = $315/video
- 5000 – 30000 pengikut = $782/video
- 30000 – 50000 pengikut = $908/video
- Lebih 500000 pengikut = $3857/video
Banyak sangat nombor kan?
Takpe… saya dah rumuskan dan korang boleh rujuk infografik di bawah.

Senang cerita, memang mudah untuk pemilik channel jana pendapatan melalui video yang mereka buat.
Rajin dengan tidak je lah!
CARA 3: Jual produk atau merchandise
Bila korang dah bina branding korang sendiri dekat Youtube, korang boleh mula jual merchandise macam tshirt, topi, sticker, mug dan lain-lain kepada penonton setia korang.

Cara jual produk atau merchandise menggunakan Youtube
Tak susah pun sebenarnya..
Mula-mula korang:
- Design produk yang menggambarkan channel korang. Buat la design yang cantik-cantik dan trendy sesuai dengan demografik viewer korang.
- Kalau takde website, korang boleh guna shopify sebagai platform untuk penonton dan pengikut beli merchandise. Kalau taknak guna shopify, korang boleh juga guna WordPress dengan plugin Woo Commerce.
Iklan tak sengaja: saya ada buat servis bina dan setup website shopify dan juga WordPress. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut!
- Sebagai Youtube Partner, korang boleh paparkan produk dan merchandise dalam video. Baca selanjutnya di sini.
- Promosikan produk dan merchandise korang selit-selit sikit dalam video konten yang korang upload dalam channel Youtube. Kalau korang jual baju, pakai la baju tu masa korang buat video. Sambil-sambil tu, korang selit la ayat CTA (Call-To-Action) macam contoh:
“Klik link di bawah untuk dapatkan baju yang serious sumpah cantik macam yang saya pakai ni!”
Ni contoh je, korang boleh cipta CTA yang lagi kreatif dari ni tau!
Ok, dah baca sampai sini… Korang dah dapat idea ke belum?
Kalau belum teruskan membaca sebab saya nak share beberapa cara lagi untuk buat duit guna Youtube.
CARA 4: Promosikan bisnes/blog menggunakan Sales Funnel
Korang tahu tak korang boleh menggunakan Youtube sebagai salah satu cara untuk promosikan bisnes korang?
Tak tahu? Takpe.. Baca terus, saya ajar!

Korang boleh mula dengan…
- Bina website atau blog dengan niche yang korang minat contoh macam masakan, memancing, fitness atau diet.
- Bina konten berkualiti di Youtube dan kumpul followers.
- Cipta produk yang bersesuaian dengan niche website.
- Promosikan produk, courses, e-book, atau consultation dalam video korang
- Salurkan trafik yang korang dari Youtube ke blog korang. Caranya? Tinggalkan link website pada video description dan juga komen pertama pada video korang. Jangan lupa letak CTA tau!
Nak tahu cara buat sales funnel yang berkesan? Klik sini!
CARA 5: Affiliate marketing
Ini cara favourite saya!
Selain dari cara-cara di atas affiliate marketing adalah cara paling mudah dan menguntungkan selain daripada ad revenue yang saya ceritakan di atas.

Bagaimana buat duit di Youtube menggunakan affiliate marketing?
Senang je… Mula-mula korang:
- Cari niche yang bersesuaian, bina konten video dan mula kumpul subscribers.
- Pilih program affiliate yang korang minat contoh macam shopee affiliate, lazada affiliate atau kalau korang fokus kepada traffik antarabangsa korang boleh daftar sebagai affiliate di Clickbank atau Digistore24.
- Cipta konten video berdasarkan produk yang korang nak promosikan. Sekali lagi, jangan lupa selitkan CTA dalam video korang tu.
- Tinggalkan link affiliate di description box dan juga komen pertama video tersebut.
Nak belajar lebih lanjut tentang affiliate marketing?
Saya ada ceritakan dengan lebih lanjut tentang affiliate marketing di artikel ini.
FAQ: Cara buat duit menggunakan Youtube
Sekarang korang dah tahu cara paling mudah dan senang untuk buat duit guna Youtube, di sini saya sediakan beberapa jawapan untuk soalan yang mungkin sedang berlegar dalam benak korang.
Purata pendapatan yang boleh dijana melalui Youtube?
Jumlah pendapatan berbeza-beza mengikut niche video tapi yang paling penting sekali korang kena tahu Youtube akan ambil 45% daripada komisyen korang.
Contoh kalau pengiklan bayar korang $10, korang akan dapat $5.50 sahaja. Ini anggaran sahaja ya…
Apa niche video yang boleh buat duit di Youtube?
Tak kisah pun sebenarnya asalkan korang menepati syarat-syarat yang ditetapkan di Youtube Partner Program Policy dan juga Youtube’s Community Guideline
Rumusan: 5 Cara Buat Duit Guna Youtube – Terbaru 2022
Youtube adalah satu platform yang menghubungkan pencipta konten dalam bentuk video (video content creator) dengan para penonton. So, kalau korang ada bakat dan minat dalam mencipta konten video, saya cadangkan korang belajar dan gilap bakat dalam bidang ni. Video-video di Youtube akan kekal berada di internet dan akan menghasilkan pendapatan pasif untuk korang.
Yang paling penting, korang kena sediakan video yang berkualiti, menepati SEO dan jangan lupa untuk bina jenama korang sendiri.
So, lepas dah baca artikel ni ada yang dah sedia nak buat duit di Youtube dan jadi jutawan macam Mr Beast ke?
Tinggalkan komen dan soalan korang di bawah, kongsikan artikel ini di media sosial korang supaya lebih ramai akan mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Sehingga ke penulisan yang seterusnya, saya doakan cita-cita korang untuk menjadi video content creator akan dimudahkan dan beroleh kejayaan!
Selamat buat duit di Youtube!