kenali pencipta konten

journal, book, desk-1428424.jpg

selamat datang ke blog pencipta konten!

Hai! Assalamualaikum!

Selamat datang ke blog penciptakonten.com

Anda baru jumpa blog ini? Saya cadang anda tekan CTRL+D (atau kalau guna Mac, anda tekan CMD+D). Buat sekarang tau. Sebab apa? Sebab saya akan kongsikan pelbagai info best untuk anda. Mana tahu kot anda tak jumpa blog penciptakonten.com lepas ni…. Kalau dah bookmark tu senang la sikit.

Baiklah, sekarang saya akan ceritakan sedikit tentang diri saya.

SIAPA PENCIPTA KONTEN?

Nama saya Pencipta Konten (nama internet sahaja, nama dalam ic lain). Nama ini selari dengan aktiviti seharian saya iaitu Fulltime Content Creator. Saja je translate ke Bahasa Melayu sebab  blog ini saya akan gunakan Bahasa Melayu dan campur-campur sedikit bahasa Inggeris.

Lagipun nampak la best sikit hehehhehe….

Saya bermula dalam bidang digital marketing sejak tahun 2011 lagi. Dah banyak bisnes online yang saya cuba dan banyak juga yang gagal. Tapi tak mengapa, saya mungkin gagal buat duit dari bisnes tapi saya berjaya kumpul banyak pengalaman dari kegagalan tersebut.

Selama hampir 10 tahun berada dalam bidang ini saya telah mencuba pelbagai bisnes model seperti affiliate marketing, dropship, print on demand dan banyak lagi. 

MISI KAMI

Mesti ada yang tanya, kenapa tiba-tiba nak tulis blog? 

Niat asal saya ialah untuk mengasah bakat saya menulis. Oh lupa nak beritahu selain dari bisnes online yang saya nyatakan di atas, saya juga ialah seorang ghostwriter. Saya menulis artikel untuk banyak blog-blog terkenal bahasa Melayu di Malaysia. Sebab tu lah guna nama Pencipta Konten.. Sebab saya juga ialah seorang ghostwriter hehehhehe….Nanti saya akan tulis pengalaman saya sebagai ghostwriter ya.

 Ok sambung, niat asal ialah untuk saya training menulis artikel dah alang-alang tu saya buat terus blog sendiri. Di samping dapat berlatih menulis, saya juga hendak berkongsikan teknik, tips, rahsia, strategi dan pengalaman saya dalam bidang digital marketing. Hence the tagline, “Medan Perkongsian Ilmu Buat Duit Mudah Di Internet.”

Blog penciptakonten.com ialah dalam niche digital marketing narrowed down to affiliate marketing, dropship, print on demand, blogging, online business dan saya juga akan sentuh sedikit tentang matawang kripto dan juga pelaburan (hartanah, emas dan banyak lagi).

Buat masa sekarang artikel di penciptakonten.com ditulis sepenuhnya oleh saya seorang tapi ada kemungkinan akan ada penulis jemputan yang menghiasi laman blog ini. Mana tahu nanti dah popular ada blogger lain nak send artikel mereka…. 

VISI KAMI

Saya akan pastikan yang setiap konten ditulis dengan teliti, mempunyai bukti dan reference yang sahih dan juga sah ketika artikel tersebut ditulis. Dari semasa ke semasa, konten dalam blog penciptakonten.com akan di’update’ jika perlu. Konten yang ditulis ialah berdasarkan apa yang saya sendiri buat untuk bisnes saya. I share what i practise. 

Saya juga akan gunakan blog ini untuk promote produk best-best yang anda boleh cuba gunapakai untuk bisnes anda. 90% saya akan promote produk yang saya guna sahaja. Lagi 10% tu produk yang tidak gunakan (mungkin tidak bersesuaian dengan niche bisnes saya), tapi jangan risau sebab saya akan buat research dengan teliti, kumpul testimonial dan last sekali, kalau saya dah yakin dengan produk tersebut barulah saya akan share dengan anda. 

Sudah confirm, baru share. Ok?

BLOG INI UNTUK SIAPA?

Penciptakonten.com untuk siapa?

Untuk anda!

Saya pasti anda singgah di blog ini sebab anda nak cari cara buat duit di internet kan? Alhamdulillah.. Saya sokong niat murni tersebut. 

Jadi kalau anda dalam kategori ini:

  • Student universiti/kolej yang nak cari side income
  • Pekerja tetap 9-5 yang nak cari side income tanpa kacau waktu kerja hakiki
  • Surirumah yang nak buat kerja dari rumah sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak dekat taska/babysitter
  • Ada niat nak berhenti kerja tapi tak berani so anda nak mula bisnes online kecil-kecilan dulu
  • Anda memang jenis suka nak cari ilmu bisnes

Kalau anda termasuk dalam kategori di atas, saya nak ucapkan tahniah kerana anda telah berjumpa blog penciptakonten.com!

Kalau anda soalan, feedback atau nak ajak minum kopi, anda boleh hubungi saya di hello@penciptakonten.com

 

Selamat buat duit di internet!