Hai korang!
Bertemu lagi kita dalam episod – Affiliate Marketing Malaysia 2022. Hari ini Saya nak kongsikan 5 tips proven untuk sukses dalam affiliate marketing beserta beberapa ‘case study’ hasil dari kejayaan beberapa affiliate marketer terkenal yang saya kira boleh menjadi panduan untuk kita semua.
Sebelum saya bermula….
Apa itu affiliate marketing?
Kenapa yang belum pernah dengar terma ‘affiliate marketing’, takpe… mari saya terangkan. Affiliate marketing ialah satu teknik marketing yang melibat affiliate marketer (anda), pemilik produk dan juga affiliate network (optional). Pemilik produk akan membayar komisen kepada affiliate marketer yang berjaya membawa trafik dan menjana ‘sales’.
Anda boleh baca lebih lanjut tentang affiliate marketing di artikel ini.
[klik sini untuk baca – Panduan Affiliate Marketing Untuk Beginners]
Bagaimana Affiliate Marketing Berfungsi?
Secara ringkasnya, affiliate marketing melibatkan 3 pihak iaitu:
- Pemilik produk atau servis
- Cipta produk/servis
- Cipta program affiliate
- Affiliate marketer
- Daftar sebagai rakan affiliate dengan pemilik produk
- Bina konten bermutu berdasarkan produk atau niche yang dipilih
- Jana trafik untuk mendapatkan ‘sales’
- Pelanggan (konsumer)
- Audiens yang berada dalam kelompok niche
- Menghadapi masalah
- Ingin menyelesaikan masalah tersebut
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di artikel ini
[klik sini untuk baca – Panduan Affiliate Marketing Untuk Beginners]
Affiliate Marketing Case Study – 3 Kisah Kejayaan Yang Memberi Inspirasi
Selama 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang affiliate marketing, saya selalu menerima komen sinis dan pandangan serong dari orang di sekeliling saya. Saya pasti, para pembaca yang budiman pasti akan ada sekelumit perasaan ini kan? Jangan risau, saya pun sama seperti anda dulu. Sehinggalah saya sendiri mencuba affiliate marketing dan berjaya menjana pendapatan dengan teknik ini.
Baiklah, di sini saya akan kongsikan 3 kisah mereka yang sudah berjaya dalam bidang affiliate marketing.
Jom kita start!
Kisah 1 – Adam Enfroy bermula dari $0 hingga $1,000,000 dalam masa 2 tahun

Bermula blogging pada tahun 2019, Adam Enfroy dari adamenfroy.com ialah seorang penulis blog yang berjaya menjana $1,000,000 dalam masa kurang dari 2 tahun tanpa mengeluarkan sebarang modal untuk trafik berbayar!
Adam Enfroy telah memilih niche software kerana beliau mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Beliau menggunakan teknik affiliate marketing untuk menjana pendapatan daripada websitenya.
Beliau mula dengan membina blog wordpress nya sendiri, menulis artikel dan juga aktif mencari ‘backlink’ untuk menaikkan ‘ranking’ websitenya di enjin carian. Pada ketika ini, beliau masih mempunyai pekerjaan tetap dan membina blognya sebagai personal branding dengan niat untuk menjana pendapatan pasif.
Dalam masa 3 bulan, website beliau memperoleh 500 backlinks dan 7600 trafik sebulan.
Dalam masa 6 bulan, website tersebut memperoleh 3000 backlinks, domain rating pada skala 66, 44000 trafik sebulan dan mula membawa pendapatan melebihi dari kerja tetap beliau.
Pada bulan ke 9, blog adamenfroy.com mula menjana pendapatan sebanyak $35,000 sebulan.
Dan akhirnya pada bulan Mei 2020, blog tersebut telah berjaya menjana pendapatan sebanyak $80,000 sebulan dan Adam Enfroy mengambil keputusan untuk berhenti kerja tetap dan melancong ke Eropah, Asia dan juga Australia.
Terdapat 2 pesanan oleh beliau kepada mereka yang hendak memulakan bisnes affiliate marketing dengan menggunakan platform blog seperti yang dikongsikan dalam salah satu temubualnya bersama Usman Dar di Cloudways.com iaitu: < https://www.cloudways.com/blog/adam-enfroy-interview/>
- Mula bina Domain Authority (DA) pada saat permulaan anda membina blog. Jangan tangguh-tangguh. Tanpa DA, blog tidak akan mendapat rangking di enjin carian seperti Google.
- Lihat blog anda sebagai satu perniagaan. Beliau menasihatkan untuk pemilik blog lebih meletakkan fokus dalam networking dan juga membina blog tersebut. Sekiranya berpeluang, beliau menasihatkan untuk pemilik blog mengupah entiti lain untuk menulis artikel di dalam blog.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang kejayaan Adam Enfroy di sini
Kisah 2 – Kisah Natalie Daniel Berjaya Mendapat Komisen Seawal 3 Minggu!

Natalie Nadine daripada https://nataliescircle.com/ ialah seorang pengamal kesihatan mental. Beliau mula menyedari kepentingan mempunyai websitenya sendiri setelah mendapati kenalannya sering menjadikan beliau sebagai rujukan. Beliau menyedari yang pengetahuan dan pengalamannya boleh menjadi sebuah lubuk duit. Namun, beliau bukanlah seorang celik IT dan menghadapi kesukaran untuk membina blog menggunakan WordPress.
Natalie Nadine telah mengambil keputusan untuk menghadiri satu kurses 5 hari untuk membina blognya sendiri.
Selepas 3 minggu, beliau menerima email berjaya membuat sales pertama berjumlah $65!
Baca kisah Natalie Nadine dengan lebih lanjut di sini.
Kisah 3 – $30000 Dalam Masa 3 Bulan Oleh James Fawcett

Beliau telah diberhentikan kerja pada tahun 2014 dan semenjak itu beliau telah memulakan pelbagai perniagaan online namun kerap menghadapi kegagalan. Sehinggalah beliau berjumpa dengan satu teknik yang ternyata berkesan iaitu bina email list dan menawarkan tawaran low-ticket.
Ternyata teknik ini sangat berkesan kerana beliau berjaya menjana sebanyak $30,000 dalam masa 3 bulan sahaja!
Pesanan beliau:
- Cari mentor yang boleh dipercayai dan bersesuaian dengan anda.
- Labur dalam program tersebut dan letakkan fokus 100%
- Belajar untuk mengatasi “shiny object syndrome” dan fokus kepada perkara yang berkaitan sahaja.
Anda boleh baca tentang James Fawcett di sini [MeenaPreneur.com]
Ok, sekarang anda dah baca tentang kisah kejayaan mereka kan? Ini baru sikit je yang saya kongsikan. Terdapat raaaammmaaaaaiiiii lagi affiliate marketer yang berjaya di luar sana.
Takpe, next time saya share lagi ya?
Sekarang, jom kita ke bab seterusnya!
5 Langkah Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing (Langkah 4 Yang Paling Seronok Sekali!)
Ok, anda sudah tahu apa itu affiliate marketing.
Anda juga sudah faham bagaimana affiliate marketing berfungsi.
Anda sudah baca kisah mereka yang sudah pun berjaya dalam affiliate marketing.
Kalau anda nak berjaya macam mereka, anda kena teruskan baca perkongsian saya ini.
Di sini saya akan kongsikan 5 langkah mudah untuk berjaya dalam affiliate marketing, seperti mereka yang lain.
Ayuh!
Langkah 1 – Pilih niche yang sedang berkembang
Sebenarnya amat mustahil untuk anda membina konten untuk setiap lapisan pengguna internet, oleh itu anda perlu memilih satu niche yang sedang berkembang yang memfokuskan kepada satu kelompok pengguna sahaja.
Niche yang anda pilih haruslah menepati minat, kepakaran dan kemahiran anda – dan jangan lupa niche yang anda pilih itu mempunyai ‘lubuk’ untuk anda buat duit.
Dalam affiliate marketing, anda perlu memilih niche yang mempunyai kumpulan audiens yang bakal menghargai konten yang muatnaik, bakal meng’klik’ pautan affiliate anda dan akhirnya membuat pembelian.
Kumpulan ini haruslah mempunyai minat yang sama dan mereka juga mempunyai persamaan – kerana persamaan ini akan memudahkan anda untuk membina strategi konten kelak.
Contoh persamaan yang anda boleh cari ialah, demografik, cara hidup, pendapatan, budaya, hobi dan banyak lagi.
Mesti ada yang tanya, “macam mana nak cari persamaan tu?”
Jawapannya ialah dengan membuat kajian (atau research).
3 Cara Untuk Membuat Kajian Niche
Saya akan terangkan 3 cara general untuk membuat kajian niche dan anda boleh perhalusi lagi mengikut kreativiti kelak.
- Kajian kata kunci (Keyword research)
Sering saya berjumpa rakan-rakan usahawan yang tidak memberatkan isu SEO dalam website mereka. Saya faham kerana keyword research akan memakan masa.
Tapi percayalah, keyword research sangat penting lebih-lebih lagi untuk memastikan aliran trafik yang berterusan ke website anda.
Saya berikan 1 tips mudah untuk membuat keyword research ya.
Mulakan dengan mengenal pasti kata kunci (keyword) yang umum akan gunakan untuk mencari maklumat, produk dan perkhidmatan di dalam ‘circle’ niche anda.
Secara umumnya, terdapat 3 jenis kata kunci atau keywords iaitu:
- Kata kunci kepala (head keywords): Satu perkataan yang mempunyai jumlah carian yang tinggi, persaingan yang tinggi, dan conversion yang rendah.
- Kata kunci tengah (mid-tail keyword): 2 atau 3 perkataan yang menggambarkan sesuatu niche secara sipi-sipi
- Kata kunci panjang (long-tail keyword): 4 perkataan atau lebih, yang menggambarkan produk atau servis anda dan mempunyai ‘conversion’ yang tinggi.
Saya lampirkan graf yang saya ambil dari laman web alexa.com mengenai hubungan antara kata kunci (keyword) dan juga ‘conversion’.
Dah baca ni, ada rasa risau ke?
Eh, jangan risau…. Sebab sekarang ni ada banyak ‘keyword research tool’ di pasaran sebagai contoh saya gunakan SEMRush dan Ahrefs tapi dua tool ni berbayar ya.
Alternatif lain, anda boleh gunakan keywordtool.io.
Yang ni percuma sahaja!
Tools yang saya ceritakan ini akan membantu anda untuk mengenal pasti kata kunci yang sesuai digunakan untuk konten yang anda bina.
Bila anda dah tahu keyword apa yang anda nak guna, senang la anda nak tulis konten anda nanti!
- Belajar dari pesaing anda
Saya selalu belajar dari pesaing saya. Saya akan kenalpasti kekuatan mereka, dan kemudian saya akan perhalusi lagi untuk mengeluarkan konten yang lebih baik dari mereka.
Tapi, jangan tiru bulat-bulat tau!
Kita belajar dari pesaing selepas itu kita perbaiki lagi supaya kita boleh jadi lebih bagus dari mereka.
- Menganalisa Trend Carian (Search Trend Analysis)
Tool yang paling berguna untuk menganalisa trend carian ialah Google Trends. Tool ini percuma sahaja ya tapi sangat powerful!
Tool ini sangat berguna kerana kita boleh menganalisa trend semasa dan mengenalpasti trend yang meningkat naik pada ketika itu. Selepas dah tahu apa yang trending, anda boleh bina konten berkenaan trend tersebut.
Mengenalpasti trend semasa juga sangat berguna untuk anda menyesuaikan promosi atau tawaran untuk mengoptimalkan kekuatan konten anda.
Langkah 2 – Pilih Platform Yang Bersesuaian
Sekarang, saya akan ceritakan beberapa platform yang anda boleh isi dengan konten anda.
Pertama sekali, anda boleh jadikan Blogging sebagai platform utama untuk bisnes affiliate marketing.
Sekiranya blogging menjadi pilihan, terdapat dua langkah yang perlu anda lakukan iaitu:
- Bina website sendiri menggunakan platform seperti wordpress atau anda boleh gunakan platform blogging seperti systeme.io (daftar systeme.io di sini)
- Pilih tema blog dan mulakan menulis konten!
Seterusnya, ialah konten dalam bentuk video pendek.
Statistik menunjukkan bahawa platform Tiktok telah mencatat sebanyak 1 billion/bulan pengguna aktif – rujuk sini untuk baca lebih lanjut.
Konten video selama kurang dari 1 minit dilihat menjadi pilihan pengguna media sosial pada ketika ini.
Trend ini disokong dengan lebih kuat selepas melihat platform-platform lain juga memperkenalkan features video pendek seperti Instagram Reels dan Youtube Shorts.
Platform terakhir yang anda boleh gunakan untuk membina audiens ialah Facebook (2.9 billion pengguna sebulan), Youtube (2.2 billion) dan juga Instagram (1.4 billion).
Lepas dah pilih konten, dah boleh la anda bina konten!
Langkah 3 – Daftar Sebagai Affiliate
Pada ketika ini, terdapat banyak program affiliate yang menawarkan pelbagai produk dan juga komisen yang lumayan.
Sebagai contoh, anda boleh mendaftar sebagai affiliate di marketplace seperti Shopee dan Lazada.
Alternatif lain, terdapat affiliate network yang menawarkan barisan produk dan servis dengan syarat pendaftaran yang mudah seperti Accesstrade (daftar sebagai affiliate Accesstreade di sini)
Langkah 4 – Pilih Produk

Sekarang kita dah sampai ke langkah yang paling seronok sekali!
Sebagai affiliate marketer, saya sendiri rasa excited untuk pilih produk mana satu yang saya nak promosikan kepada audiens saya.
Antara produk yang saya pernah promosikan ialah:
- Ebook pelbagai niche melalui platform klikjer.com (klik sini untuk daftar sebagai affiliate di klikjer dan raih komisen sebanyak 50% daripada hasil jualan anda)
- Produk fizikal di platform marketplace shopee dan lazada (pasaran Malaysia) dan Amazon (pasaran US)
Masa saya mula-mula start affiliate marketing dulu, saya rasa sedikit sedikit huru-hara sebab tak tahu nak pilih produk yang mana satu .
Kelakar kan?
Di sini saya kongsikan 5 tips untuk anda tidak perlu melalui sesi huru-hara seperti saya:
- Niche – Anda perlu menawarkan produk yang selari dengan niche anda, untuk mengelakkan anda menjual produk yang tidak mengikut kehendak audiens anda.
- Knowledge – Tak tahu banyak pun takpe asalkan tahu sikit-sikit.
- Profit – Pilih produk yang membawa keuntungan, barulah berbaloi nak bina konten dan ‘jual’ kepada audiens!
- Target – Saya selalu pilih produk yang menawarkan komisen tinggi sebab baru la ada rasa motivasi sikit nak bekerja.
- Evergreen – produk yang mempunyai demand sepanjang masa.
Ok, sekarang dah faham ke?
Takpe, kalau tak faham boleh tinggalkan komen di ruangan bawah ya!
Langkah 5 – Bina Dan Share Konten Untuk Jana Trafik
Link affiliate tanpa konten adalah SPAM!
Kita bukan spammer ya rakan-rakan… Kita adalah affiliate marketer.
Sebagai affiliate marketer, kita akan bina konten yang memberi nilai kepada audiens.
Di sini saya kongsikan beberapa contoh konten yang terbaik yang mudah untuk bina, hari ini juga!
- Review:
Ini paling senang. Anda boleh mula dengan membuat konten review produk disekeliling anda. Kongsikan kebaikan dan keburukan produk tersebut dalam konten anda. Konten sebegini lagi ‘dekat’ dengan audiens kerana mereka tahu anda sudah guna produk tersebut.
- Tutorial:
Anda boleh bina konten tutorial tentang cara penggunaan sesuatu produk. Sekarang ni, kita sebelum beli sesuatu barang kita mesti google dulu kan? Konten tutorial akan menjadi rujukan audiens sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk itu.
- Perbandingan:
Sama macam konten review cuma dalam konten ini anda buat perbandingan antara dua (atau lebih) produk. Kebaikannya, anda boleh letakkan dua (atau lebih) link affiliate dalam konten anda!
- Sumber:
Nak tengok contoh ke? Anda boleh tengok sini.
Di page ini, saya kumpulkan semua tools dan software yang saya guna setiap hari dalam menjalankan aktiviti bisnes online saya. Dan, saya selitkan juga link affiliate dalam konten tersebut. Support pencipta konten dengan membuat pembelian melalui link affiliate di page tersebut!
Ok, sekarang dah ada idea nak buat konten apa tak?
Takpe… kalau takde idea, boleh tinggalkan komen di ruangan bawah ya nanti kita boleh brainstorm sama-sama.
FAQ: Affiliate marketing Malaysia
Apa itu Affiliate Marketing?
Affiliate marketing adalah satu teknik marketing melibatkan affiliate marketer (anda) dan juga pemilik produk. Affiliate marketer akan mendapat komisen untuk setiap pembelian yang dibuat melalui affiliate link mereka.
Bagaimana Cara Affiliate Marketing Berfungsi?
Ada 3 pihak yang terlibat dalam affiliate marketing iaitu:
- Affiliate marketer (anda)
- Pemilik produk/servis
- Pelanggan
Pertama sekali, affiliate marketer akan mendaftar dengan pemilik produk sebagai affiliate. Selepas itu, affiliate marketer akan binca konten berdasarkan produk/servis tersebut dan meletakkan link affiliate di dalam konten mereka.
Audiens akan terpikat untuk membuat pembelian selepas membaca konten yang tepat, berkualiti dan menarik!
Apakah Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Sukses Dalam Affiliate Marketing?
Ada 5 langkah yang perlu dilaksanakan oleh seorang affiliate marketer iaitu:
- Pilih niche
- Pilih platform yang bersesuaian
- Daftar sebagai affiliate
- Pilih produk
- Bina konten berkualiti dan kongsikan!
RUMUSAN – 5 Langkah Untuk Sukses Dalam Affiliate Marketing Beserta Case Study
Alhamdulillah, kita dah sampai ke hujung perkongsian.
Perkongsian kali ini berkisar tentang beberapa kisah kejayaan yang memang proven. Terdapat ramai affiliate marketer di luar sana yang berjaya menjana pendapatan pasif melalui teknik affiliate marketing. Kebanyakan mereka bermula menjadikan affiliate marketing sebagai side-hustle sahaja tapi dengan teknik dan strategi yang tepat, mereka berjaya menjadikan affiliate marketing sebagai sumber pendapatan tetap mereka.
5 langkah yang saya kongsikan di atas adalah secara umum sahaja dan anda sebagai affiliate marketer boleh memperhalusi lagi teknik itu mengikut kreativiti anda.
Saya berharap perkongsian kali ini akan membuka mata anda dan menjadi penyebab untuk anda mencuba affiliate marketing sebagai sumber pendapatan pasif.
Semoga beroleh kejayaan dan selamat ber’affiliate marketing’!
Pretty! This has been a really wonderful post. Many thanks for providing these details.
I like the efforts you have put in this, regards for all the great content.
Nice post. I learn something totally new and challenging on websites