4 Cara Buat Duit Dengan Affiliate Marketing Tanpa Website

4 teknik Affiliate Marketing Tanpa Website

Affiliate marketing tanpa website – mustahil ke?

Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya nak kongsikan satu kisah yang terjadi pada saya tidak lama dulu.

Kisahnya begini.. Ada seorang rakan baik pernah bertanyakan kepada saya, 

“Boleh ke nak buat affiliate marketing tanpa website?”

Jawapan saya, “Mestilah boleh!”

Saya faham, tak semua orang mampu dari segi masa dan kerajinan untuk setup blog atau website sendiri untuk mula buat duit dengan affiliate marketing. Ye lah, kerja renyah kan?

Nak pula kalau memang zero dalam bidang IT. Kalau anda mempunyai persoalan yang sama, jangan risau ya.

Hari ini saya bincangkan secara mendalam cara buat duit dengan affiliate marketing tanpa website. 
Jom kita start!

Apa itu affiliate marketing?

Infografik penerangan tentang affiliate marketing

Sebelum saya bermula, saya nak terangkan secara ringkas tentang maksud affiliate marketing. 

Affiliate marketing adalah satu teknik pemasaran (marketing) yang mana affiliate marketer (anda dan juga saya) akan mendapat komisen daripada setiap pembelian yang dibuat melalui pautan affiliate (affiliate link). 

Nak senang faham, dia macam kita tolong rekomen dekat orang lain, dan bila orang tu beli produk yang kita rekomenkan menggunakan link affiliate kita nanti kita dapat lah komisen!

Haaaa….. Macam tu lah!

Senang je kan?

Anda boleh baca tentang affiliate marketing dengan lebih mendalam di sini.

Terdapat banyak cara untuk menjayakan affiliate marketing. 

Bergantung pada selera individu. 

Macam saya, saya banyak menggunakan blog atau website untuk affiliate marketing. 

Ada juga yang menggunakan platform lain macam media sosial (facebook, instagram, tiktok, dan lain-lain). 

Tidak kurang juga yang menggunakan youtube!

Next, saya akan ceritakan kelebihan yang anda dapat bila anda menggunakan blog atau website untuk affiliate marketing. 

5 Kelebihan affiliate marketing menggunakan website

Selama hampir 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang affiliate marketing, saya memang banyak menggunakan blog atau website sebagai platform saya untuk mendapatkan trafik ke pautan affiliate (affiliate link). 

Saya bermula dengan menggunakan platform percuma iaitu Blogger (www.blogger.com), dan tidak lama selepas itu saya berpindah ke platform WordPress. 

Kenapa? Nanti saya akan ceritakan di artikel lain ya. 

Jadi, apakah kelebihan menggunakan website untuk affiliate marketing?

1. Sumber trafik percuma dari enjin carian

Sumber trafik percuma dari enjin carian

Jujur saya katakan, sumber trafik percuma dari enjin carian adalah penyebab utama kenapa saya belajar sungguh-sungguh untuk bina website saya sendiri. Ya betul, saya tidak ada pendidikan asas dalam bidang IT. Saya belajar guna Youtube je untuk bina blog WordPress saya. Perit la sikit tapi seronok! 

Selama 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang affiliate marketing, sangat jarang sekali saya mengeluarkan duit untuk iklan berbayar. 

Boleh kira dengan jari!

Sumber trafik percuma dari enjin carian selalunya lebih berkualiti berbanding dengan trafik berbayar kerana majoriti memang mencari penyelesaian untuk masalah mereka dan mereka selalunya memang dah standby dengan duit untuk membeli. 

Jadi, kerja sebagai affiliate marketer lebih mudah kerana anda hanya perlu sediakan konten yang menjawab soalan mereka dan selitkan pautan affiliate (affiliate link) dalam konten tersebut. 

Senang kan? 

Dengan menggunakan teknik SEO yang efektif, sangat mudah untuk anda mendapat trafik percuma dari enjin carian. 

2. Kos permulaan mampu milik

Kos permulaan mampu milik

Affiliate marketing menggunakan website atau blog memerlukan kos permulaan yang sangat rendah dan hampir kepada zero cost!

Untuk peringkat permulaan, anda perlu membeli domain (RM 50/tahun) dan juga web hosting (RM150/tahun) untuk website anda. Total dalam RM200 untuk setahun. Murah kan?

Anda boleh klik sini untuk baca tentang web hosting pilihan saya ya! [KLIK SINI UNTUK BACA TENTANG WEB HOSTING TERBAIK DI MALAYSIA]

Anda juga boleh menggunakan platform percuma seperti Blogger dan juga Google Sites. 

Memang percuma tau! Langsung tiada bayaran. Anda cuma tinggal setup sikit-sikit sahaja dan lepas tu dah boleh bina konten dah. 

Senang kan?

3. Tiada penyelenggaraan diperlukan

Tiada penyelenggaraan diperlukan

Untuk permulaan, proses bina website sendiri mungkin sedikit sukar lebih-lebih lagi pada mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang IT…. macam saya.

Tapi jangan risau… sebab susah masa nak bina website sahaja. 

Bila dah berjaya bina website, kerja seterusnya dah jadi mudah sangat!

Anda cuma kena buat keyword research dan tulis konten berdasarkan keyword yang mempunyai persaingan rendah. [Klik sini untuk baca sedikit tentang keyword research]

Keyword dengan persaingan rendah akan memudahkan proses untuk website mendapat ranking di enjin carian. Ini ialah usaha untuk mendapatkan trafik percuma ke website anda. 

Macam mana kalau website ada masalah? 

Selama pengalaman saya, website akan bermasalah kalau saya godek-godek setting yang tak perlu saya usik! 

Belajar dari pengalaman tersebut, saya serik untuk usik setting dalam website saya. 

Saya akan setup sekali je, lepas tu tak usik dah!

Anda juga boleh hubungi pegawai khidmat pelanggan syarikat web hosting anda. 

Mereka sangat membantu!

4. Tidak terikat dengan Terma dan Syarat

Tidak terikat dengan Terma dan Syarat

Memiliki website adalah seperti memiliki rumah sendiri. 

Kita mempunyai kebebasan mutlak untuk menghias website dan membina konten dalam website tersebut. 

Jika anda menggunakan platform media sosial, anda terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik platform tersebut. 

Sekarang nak letak affiliate link dekat facebook pun dah susah!

Berbeza dengan memiliki website, anda bebas untuk meletakkan banner, iklan dan juga pautan affiliate di website anda. 

Semuanya bergantung tahap kreativiti sahaja!

Pada masa yang sama, anda juga mempunyai kebebasan untuk edit artikel yang anda tulis mengikut kesesuaian dan tahap relevan. 

5. Sepanjang zaman

Kelebihan affiliate marketing

Website anda akan kekal di internet sepanjang zaman. 

Artikel yang anda tulis 5 tahun lepas, akan kekal berada di internet dan boleh dibaca oleh audiens selagi anda tidak delete artikel tersebut.

Tapi anda kena pastikan artikel yang anda tulis tu relevan dan mengikut peredaran zaman lah. 

Jika ada perubahan fakta, anda kena edit artikel yang anda dah tulis supaya blog atau website anda kekal relevan untuk para pengunjung. 

4 Cara buat duit dengan affiliate marketing tanpa website

4 teknik affiliate marketing tanpa website

Perkara paling penting dalam affiliate marketing ialah trafik. 

Jadi, takde masalah pun kalau anda taknak guna website untuk affiliate marketing. 

Dengan berbekalkan sedikit kreativiti, anda boleh buat duit dengan affiliate marketing dengan menggunakan apa sahaja medium yang ada!

Ok jom saya akan kongsikan cara untuk buat duit dengan affiliate marketing tanpa menggunakan website. 

Media sosial

Zaman sekarang ni semua orang ada media sosial kan? 

Baby baru lahir, haiwan peliharaan yang comel, semua ada media sosial!

Terdapat berbilion pengguna media sosial yang aktif setiap bulan – anda boleh baca sini untuk maklumat lanjut  

Anda boleh mendapatkan trafik ke pautan affiliate dengan mudah menggunakan media sosial. 

Caranya mudah saja.. 

Anda boleh daftar percuma di platform media sosial pilihan anda. Lepas tu dah boleh mula promote dah!

Jika anda menggunakan platform Instagram, anda tidak boleh meletakkan link affiliate pada post. 

Anda hanya boleh meletakkan link di bio profil anda sahaja. 

Facebook pula mempunyai fungsi facebook page dan facebook group. 

Gunakan fungsi ini berinteraksi dengan audiens dalam niche anda. 

Pastikan anda mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan anda kena banned di facebook ya!

Tiktok ialah platform media sosial paling popular pada ketika ini. 

Video pendek berdurasi kurang 1 minit menjadi pilihan para affiliate marketer. 

Anda boleh meletakkan link affiliate di bio profil anda. 

Youtube

Platform perkongsian video, Youtube, mempunyai pengguna sebanyak 150 million [sumber rujukan].

Jika anda mempunyai kemahiran dalam videografi, anda boleh menggunakan platform Youtube untuk buat duit dengan affiliate marketing. 

Saya kongsikan 3 idea konten video yang sesuai untuk affiliate marketing:

  • Review – anda boleh buat review produk atau servis yang berkaitan dengan channel Youtube anda. 
  • Perbandingan – Pilih 2 produk atau lebih untuk anda buat video perbandingan. Ceritakan kelebihan dan kekurangan pada produk tersebut dalam video anda. 
  • Tutorial – Anda boleh buat video tutorial tentang produk yang mahir guna untuk dijadikan rujukan penonton.  

Sama seperti Tiktok dan Instagram Reels, Youtube juga mempunyai fungsi Youtube Shorts iaitu video berdurasi kurang 1 minit dalam posisi tegak (9:16) yang anda boleh gunakan untuk konten video anda. 

Oh jangan lupa, anda boleh mendaftar di Youtube Monetization Programme untuk menjana pendapatan melalui AdSense. 

Yang ni kita cerita dalam artikel lain ya!

Jadi, lepas anda dah muatnaik video jangan lupa letakkan link affiliate pada video description. Selitkan Call-To-Action (CTA) dalam video anda juga!

Email List

Anda boleh buat duit dengan affiliate marketing menggunakan email list juga tau. 

Mari saya terangkan caranya secara umum ya. 

Contoh:

Anda mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. 

Jadi, anda boleh bina satu landing page yang simple sahaja menggunakan tools seperti ConvertKit untuk anda dapatkan email mereka. 

Lepas tu, anda boleh send email kepada email list anda dan selitkan link affiliate dalam email tersebut. 

Pastikan jangan SPAM tau!

Bunyi macam sedikit teknikal kan tapi senang je sebenarnya. 

Nanti di artikel akan datang saya akan kongsikan cara untuk kumpul email list menggunakan ConvertKit ya!

Whatsapp dan Telegram

Sekarang ada juga saya lihat beberapa affiliate marketer yang menggunakan platform Whatsapp dan juga Telegram untuk mempromosikan produk affiliate mereka. 

Bagi saya teknik ini agak berkesan kerana anda sebagai affiliate marketer dapat berinteraksi secara terus dengan audiens anda. 

Hebahan yang ingin disampaikan juga akan menjadi lebih cepat dan mudah. 

Anda boleh gunakan fungsi Whatsapp Group dan Telegram Channel untuk mengumpulkan para audiens. 

Selain itu, fungsi Whatsapp Status juga saya lihat menjadi pilihan para affiliate marketer pada ketika ini. 

Kesimpulan

Anda dah baca artikel sampai habis ke?

Tahniah!

Kesimpulannya, dalam affiliate marketing ni yang paling penting adalah trafik. 

Jadi, tak kisah la nak guna platform apa pun asalkan anda dapat mencapai audiens dan mempromosikan link affiliate seterusnya berjaya buat duit dengan affiliate marketing. 

Semuanya bergantung pada usaha dan kreativiti kita sebagai affiliate marketer. 

Macam biasa, kalau ada soalan boleh tinggalkan di ruangan komen ya. 

Jumpa di artikel akan datang. 

Selamat ber’affiliate marketing’!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *