Dalam artikel ini saya akan kongsikan 11 cara untuk buat duit dengan website.
Jom kita start!
Opps… sebelum bermula, saya nak jemput korang untuk baca artikel best yang saya tulis sebelum ni iaitu:
5 Cara Mudah Buat Duit Dengan Canva
Dan juga
Ok?
Sekarang baru kita boleh start!
Cara mudah buat duit dengan website – terbaru 2022
Terdapat banyak cara untuk kita menjadikan website sebagai sumber untuk buat duit online. Dan sebenarnya ada banyak peluang untuk korang jadikan website sebagai sumber pendapatan atau sekadar duit tambahan setiap bulan. Teruskan membaca sebab saya akan kongsikan pelbagai cara untuk menjadikan website sebagai pendapatan pasif.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan cara untuk buat duit dengan website, berapa anggaran pendapatan yang korang bakal dapat dan juga apakah skil yang korang perlukan untuk menjayakan plan ini.
Sedia?
Ayuh!
Buat Duit Dengan Adsense
Cara paling mudah untuk buat duit dengan website adalah dengan menggunakan Adsense. Antara yang popular dan paling mudah untuk daftar adalah Google Adsense.
Cara ini akan mendatangkan hasil bila korang sediakan artikel dan content yang berkualiti dan menarik banyak trafik ke website korang. Iklan yang terpapar akan diselenggara oleh Google so korang tak perlu pening-pening.
Apa yang korang perlu buat sebagai pemilik website adalah untuk daftar di link ini dan tekan “Get Started”.
Korang boleh klik sini untuk baca panduan mendaftar Google Adsense.
Anggaran Pendapatan Daripada Google Adsense

Merujuk pada website Google Adsense, kalau korang ada sebuah website yang mensasarkan trafik dari Asia, website korang dalam niche finance dan menerima page views sebanyak 50,000 maka korang berpotensi untuk mendapat sebanyak $15,000 setahun!
Lebih kurang $1k+ sebulan.
Lumayan kan?
Google Adsense – Skil Yang Diperlukan
Terdapat beberapa skil yang korang wajib ada kalau korang berhasrat nak buat duit dengan website.
Antaranya ialah:
- Skil SEO – SEO atau ‘Search Engine Optimization’ Ini paling penting dan mungkin mengambil sedikit masa untuk korang belajar. Namun, percayalah cakap saya korang takkan menyesal belajar tentang SEO sebab ilmu SEO sangat mahal
- Skil menulis – Kita dah mula belajar menulis karangan sejak dari sekolah rendah kan? Basically, menulis artikel untuk blog ni sama je macam korang tulis karangan dekat sekolah. Tak susah!
- Skil bina website – Guna WordPress paling senang sebab boleh ‘drag & drop’ je dan korang tak perlu belajar coding pun.
Affiliate marketing dengan website

Ok, saya ada sediakan beberapa artikel berkenaan affiliate marketing dan korang boleh klik link ini untuk baca dengan lebih lanjut.
Korang juga boleh baca artikel ini berkenaan case study affiliate marketing.
Secara ringkasnya, affiliate marketing adalah apabila kita dibayar untuk promosikan produk yang bukan milik kita.
Dekat Malaysia, program Shopee Affiliate dan Lazada Affiliate adalah antara yang popular dan menjadi pilihan pemilik website untuk dijadikan sumber pendapatan.
Terdapat juga beberapa platform affiliate network di Malaysia antara yang popular dan saya sendiri berdaftar adalah platform Accesstrade dan korang boleh baca lebih lanjut di sini.
Anggaran Pendapatan – Affiliate Marketing Dengan Website
Sebenarnya jumlah pendapatan yang korang boleh dapat daripada affiliate marketing menggunakan website ini sangat tidak terhingga.
Basically, sky is the limit!
Lagi banyak korang sediakan content, lagi banyak trafik ke website korang, maka lagi banyak la pendapatan yang korang dapat.
Skil yang diperlukan
Skil wajib yang korang perlu ada untuk buat duit dengan affiliate marketing menggunakan website ialah:
- Skil SEO – untuk dapatkan trafik percuma dari enjin carian
- Skil media sosial – untuk dapatkan trafik dari media sosial
- PPC – kalau ada modal boleh guna khidmat PPC (paid-per-click)
- Penulisan konten (Content writing) – untuk tulis review dan juga product description yang menarik
Jadikan website sebagai portfolio peribadi

Korang boleh jadikan website sebagai pintu gerbang untuk promosikan portfolio korang.
Contoh, korang adalah seorang freelance graphic designer kan jadi korang boleh bina satu website dan paparkan hasil kerja korang kepada umum.
Seksyen “Hire me” boleh diselitkan di menu website korang sebab ianya perfect untuk para pengunjung mengenali korang dengan lebih dekat, menilai hasil kerja dan juga mendapatkan sebut harga untuk projek yang mereka berminat.
Berkemungkinan besar korang bakal mendapat pelanggan yang korang sendiri tidak jangka!
Korang boleh pergi ke website ringgitohringgit.com oleh Puan Suraya, pakar kewangan yang juga seorang blogger, penulis buku dan dan speaker. Beliau dengan bijaknya menyelitkan seksyen “Hire Me!” di bahagian menu utama dalam website beliau.

Merujuk pada SEMRush.com (tool SEO yang reliable & mampu milik yang saya gunakan setiap hari), website Puan Suraya memperoleh sebanyak 11700 kunjungan trafik setiap bulan.
Bayangkan ye, setiap bulan sebanyak 11700 pelawat yang singgah ke website korang dan mendapat maklumat tentang servis dan tawaran korang.

Anggaran Pendapatan
Pendapatan yang korang dapat adalah bergantung pada servis yang korang tawarkan dan berapa ramai yang nak dapatkan servis daripada korang.
Skil Yang Diperlukan
Ini antara beberapa skil yang korang wajib ada:
- Bina website yang professional
- Penulisan konten yang tepat dan berkualiti tinggi untuk mencerminkan servis yang ditawarkan
- Skil PPC – kalau ada modal, boleh gunakan PPC untuk tarik trafik ke website korang
- Skil marketing – ini penting untuk memaparkan kepakaran korang kepada umum.
Jual Produk Melalui Website E-Commerce

Bina website e-commerce adalah satu cara paling bijak untuk buat duit online.
Ini bukanlah satu konsep baru sebab banyak syarikat gergasi macam Shopee dan Lazada yang dah monopoli platform e-commerce.
Kalau korang ada produk sendiri, korang boleh bina website e-commerce dengan mudah menggunakan platform WordPress.
Memiliki website e-commerce akan memudahkan perjalanan bisnes sebab korang tak perlu memikirkan isu pesaing, perang harga dan terma & syarat yang akan merisikokan keuntungan bisnes.
Anggaran Pendapatan
Platform popular macam Shopee dan Lazada mendapat keuntungan yang besar setiap bulan.
Tapi jangan putus asa, kerana dengan cara marketing yang tepat, website e-commerce kecil-kecilan pun boleh dapat keuntungan juga.
Skil Yang Diperlukan
- Skil menjual – Ini sangat penting ya kawan-kawan sebab lagi ‘dekat’ korang dengan bakal pelanggan, lagi mudah korang untuk pujuk diorang membeli produk korang.
- Pengurusan produk – Sama macam ada kedai fizikal, pemilik website e-commerce perlu mempunyai kepakaran dalam pengurusan produk bagi memastikan khidmat pelanggan yang terbaik
- Pengurusan perniagaan – Pemilik website e-commerce kena sediakan plan marketing, penghantaran dan juga pelbagai lagi untuk memastikan perjalanan bisnes berjalan dengan lancar
Iklan Dan Banner Berbayar

Korang boleh sediakan sudut iklan dan banner berbayar dalam website korang.
Walaupun sedikit berisiko sebab selalunya pengunjung tak suka sangat tengok iklan banyak-banyak dalam website tapi sebagai pemilik website korang bakal dapat pendapatan yang konsisten.
Jadi, kalau korang nak sediakan sudut iklan dan banner berbayar dalam website korang pastikan ianya tidak keterlaluan sehingga mengganggu pengunjung website nanti.
Anggaran Pendapatan Melalui Sudut Iklan Dan Banner Berbayar
Pakej iklan dan banner berbayar di website selalunya bergantung pada jumlah pengunjung website, berapa saiz banner iklan, tempoh iklan akan disiarkan dan juga lokasi iklan tersebut.
Kalau korang memilih cara ini untuk buat duit menggunakan website korang, saya cadangkan untuk korang letakkan harga yang berpatutan supaya dapat menerbitkan win-win situation untuk korang dan juga bakal pengiklan korang nanti.
Skil Yang Diperlukan
- Hasilkan konten yang bermutu dan berkualiti tinggi untuk tarik sejumlah trafik yang tinggi ke website korang. Lagi banyak trafik, lagi tinggi korang boleh demand harga pakej iklan
- Bina website yang mesra trafik dan optimum dalam SEO
- Networking – Korang kena ada skil networking juga supaya korang boleh dapatkan pengiklan yang berminat untuk mendapatkan pakej iklan di website korang.
Penajaan Artikel

Penajaan artikel adalah apabila korang dibayar oleh pihak ketiga (advertisers) untuk menulis sesuatu artikel berkenaan satu-satu topik selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan jumlah bayaran yang dikenakan.
Korang boleh hubungi mana-mana syarikat atau perniagaan yang bersesuaian dengan niche website korang dan tawarkan khidmat penulisan artikel kepada mereka.
Bila dah berjaya secure job, korang boleh tulis sendiri artikel tersebut atau korang boleh upah ghostwriter seperti saya (hubungi saya di sini untuk mendapatkan khidmat ghostwriter) untuk menulis artikel tersebut bagi pihak korang.
Anggaran Pendapatan
Anggaran pendapatan adalah bergantung pada jumlah trafik di website korang sebab lagi tinggi trafik, lagi tinggi la korang boleh caj mereka!
Skil Yang Diperlukan
- Networking – korang kena rajin hubungi advertisers dan syarikat untuk mendapatkan penajaan
- Skil negotiate – korang kena pandai la nak negotiate harga pakej penajaan yang penting kena adil dan memuaskan hati semua pihak.
- Penulisan artikel yang berkualiti tinggi untuk menarik minat pembaca.
Derma Dan Sumbangan

Website popular macam wikipedia.com menggunakan teknik ini tau.
Korang boleh selitkan butang paypal dalam website korang untuk memberi ruang kepada pengunjung menghulurkan sedikit sumbangan.
Namun, saya nak nasihatkan gunakan teknik ini dengan berhemah sebab bimbang pengunjung taknak datang website korang sebab korang asyik minta derma!
Anggaran Pendapatan
Bergantung pada tahap pemurahnya pengunjung website korang!
Skil Yang Diperlukan
- Penghasilan konten yang bermutu, menarik dan mengikut trend
- Kebolehan membina hubungan yang baik dan rapat dengan komuniti pembaca website korang
Berapakah anggaran pendatan yang diperolehi melalui website?
Bergantung pada teknik pilihan sebagai contoh, korang boleh dapat $1k+ sebulan dengan Google Adsense.
Kalau korang guna teknik affiliate marketing pula, sky is the limit!
Apakah skil yang diperlukan untuk buat duit dengan website?
Antara skil dan kemahiran yang diperlukan untuk buat duit melalui website ialah:
- Bina website - paling penting sebab kalau takde website macam mana nak buat duit kan?
- SEO - Search Engine Optimization, bina website yang optimum SEO supaya mendapat ranking yang tinggi di enjin carian sekaligus menarik trafik ke website korang.
- Penulisan konten - Artikel dan konten yang ditulis haruslah yang berkualiti dan bermutu tinggi supaya pembaca rajin nak berkunjung ke website korang.
Dan beberapa kemahiran lain lagi yang korang boleh rujuk artikel untuk pemahaman lebih lanjut.
Rumusan – 7 cara mudah buat duit dengan website terbaru tahun 2022

Sebenarnya ada banyak cara untuk korang buat duit dengan website tapi dalam artikel kali ini saya kongsikan 7 teknik dahulu yang korang boleh cuba dan praktikkan.
Korang boleh bermula secara part-time dengan membina website korang dulu dan slow-slow grow website korang dengan artikel dan konten yang berkualiti.
Sama macam bisnes fizikal, buat duit dengan website memerlukan kesabaran dan tahap kerajinan yang tinggi. Ye la, benda baik memang ambil masa sikit kan?
Jangan percaya cakap orang di luar sana kalau mereka kata boleh buat duit dengan website dalam masa satu malam.
Hehehhe… tak masuk akal.
Nasihat saya, asah skil SEO dan juga penulisan sebab kedua-dua skil ini sangat penting untuk menjanjikan pendapatan daripada website.
Kita sudah sampai ke hujung artikel ya.
Kalau ada soalan boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.
Kita jumpa di artikel akan datang.
Selamat buat duit dengan website!