buat duit dengan canva

5 Cara Mudah Buat Duit Online Dengan Canva – TERBARU 2022

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan korang semua beberapa cara mudah untuk buat duit dengan CANVA. Tapi, sebelum saya bermula dengan lebih lanjut, saya terangkan dulu apa itu CANVA ya.

Apa itu CANVA?

Canva adalah sebuah platform yang menyediakan fungsi design PERCUMA. Senang cerita, kalau korang takde asas graphic desgin (macam saya) pun korang boleh create macam-macam design yang cantik-cantik!

Canva dilancarkan pada tahun 2013 dengan misi untuk memperkasakan semua orang untuk mereka bentuk apa sahaja dan di mana-mana sahaja. Sehingga ke hari ini, Canva telah mencatatkan lebih 10 billion design, digunakan di lebih 190 negara dan menyediakan sebanyak lebih 100 bahasa untuk para pengguna.

Hebat kan?

Ok, cukup dah kot pasal sejarah Canva ni.

Seterusnya, saya nak kongsikan fungsi-fungsi menarik yang disediakan oleh Canva.

5 fungsi menarik Canva – saya paling suka nombor 2!

Sebenarnya Canva ada banyak sangat fungsi yang best-best tau tapi kali ini saya ceritakan lima fungsi yang menarik dan memang awesome.

1. Canva menyediakan lebih 250,000 template percuma

Canva dengan proaktifnya telah menyediakan lebih 250,000 template yang boleh diakses dengan percuma sahaja oleh para pengguna.

Banyak kan?

Template percuma sedia ada ini korang boleh edit ikut suka korang tau. Korang boleh tukar warna, tukar font, nak kecikkan, nak besarkan eh macam-macam lagi lah!

Semuanya bergantung pada kreativiti korang.

2. Canva mempunyai fungsi editor ‘drag & drop’

Fungsi ‘drag & drop’ ni bagi saya memang winner la. Korang literally boleh guna pilih mana-mana element yang korang suka lepas tu ‘drag & drop’ je ke design korang.

Serious memang senang sangat!

3. Lebih 1 juta imej dan video percuma di Canva

Ini lagi satu.

Canva menyediakan lebih 1 juta imej dan video percuma untuk para pengguna. Nak lagi best, imej dan video ini tiada halangan hakcipta terpelihara langsung.

So, korang bebas untuk guna imej dan video untuk apa-apa sahaja – termasuk la untuk buat duit pasif yang akan saya ceritakan sebentar lagi.

4. Canva menyediakan akses percuma kepada lebih 100 jenis design

Korang nak buat post di Instagram? Guna Canva.

Korang nak buat presentation untuk kuliah di universiti atau untuk pembentangan dalam mesyuarat depan bos? Guna Canva.

Korang nak buat resume? Guna Canva.

Senang cerita, korang ada akses kepada lebih 100 jenis design di Canva dan ini PERCUMA sahaja tau!

5. Canva menyediakan fungsi ‘background remover’ yang flawless!

canva feature background remover

Saya dah guna macam-macam tool untuk buang background dalam gambar tapi serious saya cakap Canva punya feature background remover adalah yang paling senang sekali.

Dengan hanya 1 klik sahaja, gambar korang bersih dah takde background dah! Cepat dan pantas sekali.

Nak lagi best, korang boleh buat adjustment dengan gambar yang korang buang background tu.

Malangnya, fungsi background remover di Canva ini hanya untuk mereka yang melanggan plan berbayar sahaja ya.

5 Cara mudah buat duit online dengan Canva – terbaru 2022 [saya paling suka nombor 3!]

Ok since saya dah explain beberapa fungsi Canva dekat atas, so sekarang saya nak kongsikan pula bagaimana cara untuk buat duit online menggunakan Canva.

Jom kita!

1. Servis bina website

Korang tahu tak yang korang boleh create website dekat Canva?

Caranya mudah sahaja….

Cara bina website di Canva

  1. Daftar akaun percuma Canva di sini
  2. Pilih template website yang korang berkenan
  3. Korang boleh guna font, logo, grafik atau gambar percuma disediakan kalau taknak korang boleh upload gambar korang sendiri
  4. Adjust sikit ikut citarasa korang
  5. Publish!

Ok bila korang publish website nanti url korang akan jadi rupa macam ni

canva.com/design/[nombor dan huruf yang panjang di sini]

Nasihat saya, korang gunakan url shortener macam bit.ly untuk nak bagi nampak url korang cantik sikit!

Kalau korang nak nampak profesional sikit, korang boleh beli domain dan forward ke website korang yang korang bina di Canva tadi.

Dah siap dah!

Senang je kan?

Korang boleh offer servis bina website ni dekat sesiapa sahaja tau! Yang penting website korang kena cantik & kemas.

Berapa harga untuk servis bina website?

Hehehhehe…… Paling murah RM300!

Ok, pegi cuba sekarang.

2. Servis cipta logo

Setiap perniagaan kena ada logo sendiri kan?

Korang boleh gunakan Canva untuk cipta logo yang cantik, kemas dan menarik!

Macam yang saya cakap tadi, Canva ada sediakan lebih 1 juta grafik percuma untuk korang godek-godek dan jadikan design korang sendiri. Yang penting kena kreatif sahaja!

Berapa caj untuk buat logo?

Selalunya profesional akan caj purata RM300 ke RM500 untuk sebuah logo.

Korang nak caj berapa? Tepuk dada tanya selera!

3. Jual template untuk post media sosial

Korang boleh cipta template untuk post media sosial macam instagram dan facebook dengan guna Canva tau.

Nak tau tak berapa harga pakej template untuk Instagram?

Instagram template price list from Etsy.com

Ini sumber dari etsy.com ye

4. Bisnes printing – design dan cetak bisnes kad, banner, dan tshirt

Sekarang ni kalau korang nak buat bisnes printing dah memang senang dah.

Korang boleh cipta macam-macam design guna Canva lepas tu hantar design korang tu kilang untuk dicetak.

Lepas dah siap print, hantarkan tempahan tu ke pelanggan korang.

5. Jual template resume

Yang ni mungkin ramai tak tahu tapi sebenarnya korang boleh jual template resume tau

Caranya senang je.

Dekat Canva dah memang ada template untuk resume.

Korang cuma tinggal edit sikit-sikit je untuk nampak lagi cantik dan kreatif.

Lepas tu korang dah boleh jual dekat pelanggan korang.

Berapa harga template resume?

Harga purata 1 file template resume adalah dari RM10 dan ke atas.

Korang cuma kena buat template tu sekali je lepas tu korang boleh jual dekat ramai orang.

Pendapatan pasif!

Rumusan: Cara mudah buat duit online dengan Canva [terbaru 2022]

Jadi, kita dah sampai ke penghujung artikel dah.

Kesimpulan daripada perkongsian saya pada kali ini adalah, Canva menyediakan platform design online percuma untuk umum. Fungsi ‘drag & drop’ yang disediakan sangat mudah dan ringkas sehinggakan kanak-kanak umur 9 tahun pun boleh guna. Canva juga menyediakan aset percuma tanpa sekatan hakcipta yang membuka peluang perniagaan kepada semua.

Korang boleh mulakan pelbagai bisnes dan servis dengan menggunakan Canva. Hanya sedikit kreativiti yang diperlukan untuk menggunakan Canva. Tempoh untuk belajar Canva pun sangat singkat kerana memang sangat mudah untuk menggunakan Canva!

Canva menyediakan pelbagai fungsi percuma seperti edit gambar, edit video, bina website dan banyak lagi.

Jadi, korang tunggu apa lagi?

Sila daftar akaun percuma Canva di sini dan dapatkan 30 hari akses percuma untuk Canva Pro lepas tu dah boleh buat duit online!

Jangan lupa tinggalkan komen dan pertanyaan korang di bawah ya.

Selamat buat duit online!

2 thoughts on “5 Cara Mudah Buat Duit Online Dengan Canva – TERBARU 2022”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *