5 cara lajukan website

[TIPS SEO] 5 Cara Lajukan Website WordPress

Hari ini saya nak ajar cara untuk lajukan website WordPress. 

Tapi sebelum bermula, saya nak jemput korang untuk baca artikel di bawah

[REVIEW] Hostinger Menyediakan Perkhidmatan Web Hosting Terbaik

Dan juga

Cara Mudah Buat Duit Dengan Website – 2022

Sudah ke tu?

Terima kasih ya.

Ok sekarang, jom kita start!

Cara semak kelajuan website

Semak kelajuan website menggunakan pingdom

Ada beberapa website di internet yang menyediakan kemudahan untuk menyemak kelajuan website korang secara percuma sahaja.

Saya selalu gunakan 2 website ini iaitu:

  1. Pingdom
  2. GTmetrix

Mudah sahaja cara untuk semak kelajuan website. 

Hanya masukkan URL website korang di bahagian yang disediakan nanti keluarlah keputusan kelajuan website korang. 

Speed website penciptakonten

Terdapat 3 kategori kelajuan iaitu

Website yang mempunyai kelajuan di bawah 200ms.

Laju, pantas dan berdesup!

Website ini termasuk dalam kategori website kegemaran Google dan mudah untuk mendapat ranking dalam enjin carian tersebut.

Website yang mempunyai kelajuan antara 200ms – 1s

Termasuk dalam kategori sederhana.

Website dalam kategori ini berkemungkinan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan ranking di enjin carian.

Website yang mempunyai kelajuan lebih dari 1 saat

Kategori website perlahan.

Kalau website korang termasuk dalam kategori ini, jangan risau inilah sebabnya saya menulis dan kongsikan artikel ini dengan korang semua!

Sebelum scroll ke bawah, cuba korang perhatikan screenshot di atas sana.

Agak-agak laju tak speed website Pencipta Konten? 

Hehehhehehee……

4 faktor kenapa website perlahan

cara lajukan website wordpress

Dah test dah kelajuan website korang?

Macam mana result? 

Ok ke?

Kalau tak ok tak… 

Teruskan membaca sebab saya nak ceritakan beberapa penyebab yang berkemungkinan menjadi faktor kenapa website korang perlahan. 

Prestasi web hosting

Sebenarnya, web hosting yang korang langgan untuk mengehoskan website korang tu memainkan peranan besar dalam kelajuan website korang untuk loading. 

Website yang dihoskan di Virtual Private Server (VPS) akan merekodkan kelajuan yang lebih tinggi berbanding website yang dihoskan di Share Hosting. 

Tapi masalahnya, VPS ni boleh tahan keras juga harga langganannya berbanding dengan Shared Hosting!

Tapi jangan risau sebab sekarang Hostinger telah menawarkan teknologi LiteSpeed untuk plan Shared Hosting mereka dengan harga langganan mampu milik.

Saya sendiri melanggan plan WordPress Hosting di Hostinger dan korang boleh lihat sendiri macam mana lajunya website saya.

>>Klik sini untuk melihat pakej web hosting di Hostinger<<

Lokasi server

Lokasi server juga memainkan peranan penting. 

Saya telah memilih Hostinger sebagai penyedia web hosting untuk semua website saya kerana syarikat ini mempunya pusat data base di seluruh dunia termasuk US, Asia dan Eropah. 

Ini akan mengurangkan nilai latency dan sekaligus akan mempengaruhi transmisi data. 

Sebenarnya sebelum ni saya guna webhosting lain tau tapi saya mengambil keputusan untuk migrate semua website saya ke Hostinger.

Dan saya rasa, korang pun patut beralih ke Hostinger juga. 

>>Klik sini untuk melihat pakej web hosting di Hostinger<< 

Struktur website

struktur website akan mempengaruhi kelajuan

Cuba lihat kembali, bagaimana korang bina website?

Serius cakap kalau website korang dibina dengan menggunakan method lapuk, bersepah dan tidak kemas, ia boleh menyebabkan masalah kelajuan dikemudian hari.

Saya beri 1 contoh. 

Korang memasuki pertandingan marathon dengan memakai selipar jepun. 

Ya, memang la korang boleh berlari tapi mesti tak selesa dan tidak selaju mereka yang berlari dengan memakai kasut sukan khas untuk marathon.

Faham kan?

Jadi, bila korang bina website dengan menggunakan theme, plugin dan teknologi yang telah dioptimumkan, selipar jepun yang korang pakai tadi akan bertukar menjadi kasut sukan yang ringan dan selesa lah!

Kandungan website

Website yang mempunyai terlalu banyak fail yang besar akan memperlahankan kelajuan website tersebut. 

Selalunya yang jadi punca masalah adalah fail imej lah.

File imej yang besar dan tidak dioptimumkan akan membuatkan loading sesebuah website itu menjadi perlahan dan berat.

So, check semula website korang ya?

5 Cara untuk lajukan website WordPress

Ok, saya akan ajarkan beberapa cara dan trick untuk lajukan website WordPress.

Pilih web hosting yang bersesuaian dan berkualiti tinggi

Saya memilih Hostinger sebagai pengehos untuk website WordPress saya. 

Kenapa?

Sebab Hostinger menawarkan kelajuan yang tinggi iaitu 1gb RAM dan juga menggunakan teknologi LiteSpeed. 

hostinger wordpress starter detail

Gunakan Plugin LiteSpeed Cache

Kalau korang melanggan web hosting dengan syarikat Hostinger, plugin ini akan siap dipasang dalam dashboard WordPress korang. 

wordpress plugin litespeed cache

Selain daripada itu, korang boleh juga gunakan plugin lain seperti SGOptimizer atau Autoptimize. 

Fungsi plugin ini adalah untuk run caching dalam website korang untuk mengurangkan beban yang dibawa oleh website tersebut dan akan menambahkan kelajuan website.

Optimumkan fail imej

Caranya mudah sahaja.

Korang boleh optimumkan saiz fail imej dengan menggunakan tools image compressor percuma yang ada di internet. 

Saya selalu gunakan iloveimg untuk compress fail imej sebelum saya upload ke website. Tool ini percuma sahaja dan sangat mudah untuk digunakan. 

Korang cuma kena upload fail imej yang korang nak compress, dan tekan butang compress. 

cara optimumkan fail imej

Selepas itu tekan butang download. 

File akan automatik download ke laptop atau komputer. 

Selesai!

Kemaskini versi WordPress yang digunakan

Sentiasa pastikan WordPress adalah versi terkini. 

Caranya senang sahaja. 

Korang akan terima notification di dashboard bila login ke WordPress.

Hanya tekan butang update sahaja. 

Senang!

Gunakan theme optimum kelajuan

astra theme

Saya menggunakan theme Astra untuk website saya dan theme ini sangat tidak mengecewakan.

Ianya sangat ringan, mudah untuk customize dan juga ada banyak template percuma tersedia untuk digunakan. 

Percuma sahaja!

6 Sebab Kenapa Website WordPress Perlu Laju

Pertama sekali, mesti ada yang tanya kenapa nak kena lajukan website? 

Ok mari saya terangkan.

Pengalaman pengguna (user experience)

Hakikatnya, pengguna tidak suka menunggu. 

Logik kan? Siapa je yang suka menunggu. Betul tak?

Pelawat (website visitor) akan lebih tertarik dengan website yang mempunyai loading time yang laju dan responsif dalam masa kurang dari 4 saat. 

Pelawat akan berasa bosan dan juga tidak tertarik dengan website yang mengambil masa yang lama untuk loading. 

Ini akan mengakibatkan mereka menekan butang X dan keluar dari website tersebut. 

Mencatat conversion yang lebih tinggi

Amazon pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka akan kehilangan sebanyak $1.6 billion jika website mereka diperlahankan sebanyak 1 saat. 

Ya benar. 

1 saat yang bernilai $1.6 billion. 

Google pula pernah membuat kira-kira yang syarikat mereka akan kerugian sebanyak $8 million sekiranya kelajuan carian dikurangkan sebanyak 0.4saat. 

Banyak kan?

Sekarang korang nampak tak betapa pentingnya speed sesebuah website tu?

Mendapatkan ranking yang tinggi di enjin carian (Google)

Website yang laju akan lebih mudah untuk mendapat ranking di Google dan juga dengan ranking yang lebih tinggi berbanding dengan website yang perlahan. 

Ranking sangat penting untuk mendapatkan trafik percuma dari enjin carian. 

Pastikan website korang laju so nanti korang boleh jimat dekat paid ads pula!

Lebih pelawat dalam satu masa

Website yang dioptimumkan dengan cara caching akan menghasilkan website yang berkelajuan tinggi maka lebih ramai pelawat boleh melayari website tersebut secara serentak tanpa sebarang masalah.

Sebagai contoh, website yang mendapat hebahan daripada media sosial mudah diserbu trafik secara serentak dan akan menjemput angka trafik yang tinggi.

Di sinilah kepentingannya sesuatu website itu mempunyai kelajuan yang tinggi – supaya website tidak mudah crash. 

Menarik trafik dari pengguna peranti mudah alih (mobile device)

sebab website kena laju untuk menarik trafik dari peranti mudah alih

Internet di hujung jari dengan majoriti setiap individu mempunyai peranti pintar mudah alih (mobile device) yang mempunyai akses ke internet. 

Memastikan website korang mempunyai kelajuan yang tinggi dan responsif akan menarik lebih banyak trafik dari pengguna peranti mudah alih ke website korang. 

Hal ini sangat mustahak terutama kepada pemilik kedai online.

Memastikan kedai online mempunyai kelajuan yang tinggi akan memberikan impak yang besar kepada nilai conversion sama seperti sumber trafik daripada desktop. 

Lagipun peranti mudah alih adalah future kita jadi mestilah kita kena ikut peredaran zaman, kan?

Bukti pemilik website mempunyai kredibiliti

Mungkin ramai yang tak perasan tapi sebenarnya prestasi sesuatu website itu mempengaruhi pemilik website lebih mustahak apabila website itu ialah ‘muka depan’ sesuatu perniagaan. 

Website yang mengambil masa yang lama untuk loading, tidak responsif, kerap tidak berfungsi dan tidak kemas secara tidak langsung akan memberikan impak negatif seperti perancangan yang lemah, tidak serius dan juga tidak professional.

Hal ini akan menyebabkan pelawat/audiens terpaksa berfikir 2, 3 kali untuk berbelanja di website tersebut!

Rumusan – Cara lajukan website WordPress

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelajuan sesebuah website itu antaranya ialah prestasi webhosting, lokasi server, struktur website dan juga kandungan website itu sendiri. 

Pemilik website boleh menyemak kelajuan website mereka dengan menggunakan tool percuma di internet seperti pingdom dan juga GTMetrix. 

Di dalam artikel ini saya kongsikan beberapa cara untuk melajukan website WordPress iaitu dengan memilih web hosting yang bersesuaian, memasang plugin seperti LiteSpeed untuk menjalankan operasi caching kepada website tersebut, mengoptimumkan fail imej yang digunakan sebagai konten website, sentiasa mengemaskini  versi WordPress dan juga memasang theme yang terbukti optimum kelajuan. 

Saya mengesyorkan untuk korang menggunakan perkhidmatan webhosting yang disediakan oleh Hostinger sebab terbukti speed website saya berdesup perginya!

Terdapat beberapa kepentingan untuk mempunyai sebuah website yang laju antaranya untuk memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang baik ketika melayari website tersebut. 

Seterusnya, kelajuan sesuatu website itu juga akan mempengaruhi nilai conversion dalam jualan. Website yang mempunyai kelajuan tinggi akan mendapat ranking di enjin carian dengan mudah. 

Selain itu, kelajuan sesuatu website itu juga mencerminkan kredibiliti pemilik website tersebut. 

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke penghujung artikel. Saya mengharapkan perkongsian kali ini akan memberi manfaat kepada korang semua. 

Macam biasa, sebarang soalan atau komen boleh tinggalkan di ruangan bawah ya. 

Sehingga ke tulisan akan datang. 

Selamat melajukan website!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *