cara palang ic mykad

Cara tepat untuk palang salinan IC (MyKad)

Dalam artikel kali ini, saya hendak kongsikan cara untuk membuat palang atau ‘cross’ pada salinan IC atau Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan yang juga dikenali sebagai MyKad.

Kad pintar ini mula diperkenalkan pada 5 September 2001 dan mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang canggih dan terkini. 

Hebahan maklumat ini penting kepada semua rakyat Malaysia yang memegang MyKad jadi sila baca artikel ini sampai habis tau. 

Jom kita start!

Apa itu MyKad?

Contoh MyKad Malaysia JPN

MyKad atau Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan keluaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah sebuah sistem identifikasi khusus untuk rakyat Malaysia. 

Semua rakyat Malaysia ialah pemegang MyKad yang mempunyai data peribadi penting seperti 

  • Nama penuh
  • Nombor MyKad
  • Alamat
  • Tarikh lahir
  • No Kad Pengenalan
  • Cap jari
  • Bangsa

MyKad digunakan untuk urusan rasmi di pejabat kerajaan, hospital dan juga transaksi perniagaan melalui aplikasi Touch & Go. 

Tujuan palang salinan IC (Kad Pengenalan JPN)

Ok, sekarang kita dah tahu apa itu MyKad. 

Mesti ada yang bertanya, kenapa nak kena letak palang dekat salinan MyKad? 

Tujuan utama ialah bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi kita oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Data breach

Berita semasa ada melaporkan kes kecurian identiti yang mengakibatkan nama pemilik MyKad dengan tiba-tiba telah disenarai hitam atas hutang yang tidak diketahui. 

Anda boleh baca laporan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian berkenaan kes salah guna MyKad di sini.

Cara tepat palang IC (MyKad)

Merujuk kepada laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, anda perlu:

  • Membuat 2 palang garis lurus pada sudut atas kiri MyKad bahagian depan
  • Membuat 2 palang garis lurus pada sudut atas kiri MyKad bahagian belakang
  • Nyatakan tujuan salinan MyKad tersebut. 
cara palang salinan MyKad

Cara membuat palang pada salinan MyKad menggunakan Canva

Korang boleh membuat palang pada salinan soft copy MyKad dengan mudah menggunakan Canva.

Caranya begini:

  1. Scan MyKad
  2. Buka file salinan MyKad di aplikasi Canva
  3. Tekan ‘element’ dan taip ‘line’
  4. Pilih garisan lurus dan tetapkan ke warna hitam
  5. Drag garis lurus tersebut ke kawasan yang dikehendaki
  6. Copy dan paste untuk membuat 2 palang
  7. Taip tujuan salinan MyKad tersebut.
  8. Tekan butang save dan selesai!

Klik sini untuk baca artikel perkongsian CARA MUDAH BUAT DUIT GUNA CANVA.

[sp_easyaccordion id=”3280

Rumusan

Rakyat Malaysia dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) namun sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil inisiatif menlindungi data peribadi bagi mengelakkan sebarang kesukaran di masa hadapan. 

Ambil peduli tentang maklumat dan normalisasikan untuk meletakkan dua palang pada salinan MyKad anda!

Saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua.

Sila tinggalkan soalan dan feedback di ruangan komen di bawah ya. 

Sehingga ke artikel akan datang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *