cara semak saman guna no plat kenderaan

Cara Semak Saman Guna No Plat Kenderaan

Korang tahu tak sekarang ni korang boleh semak saman hanya dengan menggunakan no plat kenderaan?

Tak tahu?

Benar.. Sekarang ni kita dah tak perlu ke kaunter PDRM atau JPJ untuk semak saman yang terdapat pada kenderaan. 

Semakan saman boleh dibuat melalui SMS dan atas talian (online) juga. 

Hari ini saya akan kongsikan cara untuk semak saman kenderaan menggunakan no plat kenderaan. 

Jom kita!

black guy with yellow shirt is getting fined by a policeman

Semak saman guna no plat kenderaan

Terdapat dua cara untuk membuat semakan saman terhadap sesuatu kenderaan itu:

  • Semak saman kenderaan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS)
  • Semak saman kenderaan secara atas talian (online)

Teruskan membaca sebab saya kongsikan kedua-dua cara di bawah.

Semak saman PDRM melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

man in a suit holding a mobile phone with a cup of coffee

Pihak PDRM telah menyediakan perkhidmatan mesra dan mudah akses kepada para pengguna untuk menyemak status saman yang terdapat pada kenderaan mereka. 

Ada 2 jenis semakan iaitu:

1. Check saman PDRM secara ringkas

  • Taip POLIS <jarak> no kad pengenalan atau no plat kenderaan
  • Hantar SMS tersebut ke 32728 atau 12888

Contoh:

  • POLIS 000101140112 hantar ke 32728 atau 12888
  • POLIS XX999 hantar ke 32728 atau 12888

Nota: Setiap SMS yang dihantar ke nombor 32728 atau 12888 akan dikenakan caj sebanyak RM0.15

2. Check saman PDRM secara terperinci

  • Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> no kad pengenalan atau no plat kenderaan <jarak> alamat email
  • Hantar SMS tersebut ke 32728

Contoh:

  • POLIS SAMAN 000101140112 penciptakonten@gmail.com
  • POLIS SAMAN XX999 penciptakonten@gmail.com

Nota: Setiap SMS yang dihantar ke nombor 32728 atau 12888 akan dikenakan caj sebanyak RM0.15

Sistem PDRM akan menghantar maklumat saman terus ke inbox email korang!

Senang kan?

Semak saman PDRM menggunakan no plat secara atas talian (online)

cara semak saman pdrm menggunakan no plat kenderaan secara online

Seterusnya, saya akan kongsikan cara bagaimana korang boleh check saman PDRM secara online.

Terdapat beberapa cara untuk korang semak saman PDRM menggunakan no plat secara online. 

Dalam artikel ini saya akan kongsikan dua cara yang paling mudah iaitu:

1. Check saman PDRM melalui Portal MyBayar

  • Buka laman web rasmi Mybayar melalui pautan ini: https://mybayar.rmp.gov.my
  • Pengguna baru perlu mendaftar dahulu. Klik butang daftar. Setelah selesai pendaftaran, pergi ke halaman utama.
  • Masukkan ID Pengguna
  • Masukkan Kata Laluan
  • Tekan butang Log Masuk
  • Anda sudah berjaya akses ke sistem My Bayar Saman
  • Semak paparan Saman Belum Jelas
  • Teliti nilai Jumlah Kompaun yang tertera dalam Ringgit Malaysia
  • Pilih saman yang anda ingin selesaikan
  • Pilih cara bayaran iaitu menggunakan FPX atau Kad Kredit
  • Teruskan proses bayaran sehingga selesai
  • Jangan lupa download resit bayaran
  • Semak email untuk salinan resit bayaran

2. Check saman PDRM melalui Portal SSO PDRM

  • Buka portal rasmi SSO PDRM di pautan ini: https://sso.rmp.gov.my
  • Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu. Klik butang Pendaftaran Baru. Setelah selesai pendaftaran, pergi ke Halaman Utama.
  • Masukkan ID Pengguna.
  • Masukkan Kata Laluan.
  • Tekan butang Status Saman untuk semakan saman.
  • Masukkan no kad pengenalan dan no plat kenderaan untuk semakan saman

Setiap SMS yang dihantar ke talian 32728 atau 12888 akan dikenakan caj RM0.15 sahaja.

Anda boleh check saman PDRM secara online dengan membuka pautan:

  1. https://mybayar.rmp.gov.my
  2. https://sso.rmp.gov.my

Sila baca artikel untuk penerangan dengan lebih lanjut.

Apakah alamat laman web portal SSO PDRM?

Rumusan – Cara Semak Saman Guna No Plat Kenderaan

Kini urusan semakan saman menggunakan no plat kenderaan boleh dibuat dengan melalui SMS dan secara online. Selari dengan peredaran zaman dan kecanggihan perkembangan teknologi semasa, urusan kaunter kerajaan dapat diakses di hujung jari korang sahaja.

Saya harap perkongsian kali ini akan membawa manfaat kepada semua.

Sehingga ke artikel akan datang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *