Topik perkongsian hari ini ialah 10 cara tingkatkan trafik ke website. Menarik kan?
Sebelum kita bermula, saya nak jemput korang baca artikel di bawah
[TIPS SEO] 5 Cara Lajukan Website WordPress
Dalam artikel ini saya ajar cara nak lajukan website WordPress.
Dan juga
[Update 2022] 7 Cara Buat Duit Dengan Website
Dalam artikel ini saya kongsikan cara untuk buat duit dengan website.
Ngam?
Ok jom kita start!
Apakah maksud trafik website?

Semua tahu ke apa maksud trafik website?
Takpe, mari saya terangkan.
Trafik website ialah bilangan pengunjung yang melawat atau melayari website.
Trafik ini dinilai dengan jumlah lawatan (visit) atau sesi (session) dan dijadikan kayu pengukur keberkesanan sesuatu website itu dalam menarik minat audiens.
Sebagai contoh, korang yang sedang membaca website saya ini dikira sebagai trafik kepada website penciptakonten.com – terima kasih ya!
Cara semak bilangan trafik website
Paling senang untuk semak bilangan trafik website adalah dengan menggunakan fungsi Google Search Console.
Saya bina website penciptakonten.com guna platform WordPress. Dah senang dah sebab Google ada sediakan plugin percuma yang diberi nama Google Site Kit.

Cuma kena pasang plugin dan connect dengan website sahaja. Step-by-step dan tutorial ada ditunjukkan selepas selesai download plugin tersebut.
Kalau ada budget korang boleh langgan tool analytic macam SEMrush. Tool ini juga mempunyai fungsi untuk memberi anggaran bilangan trafik website.
Korang cuma kena masukkan URL website di kotak yang disediakan. Nanti keluarlah result.

Senang sangat!
Mengapa perlu lebih banyak trafik ke website?
Ada seorang pemilik blog pernah bertanyakan kepada saya, “Kenapa nak kena banyak trafik ke website?”
Jawapan saya mudah sahaja,
Trafik naik = Conversion naik = Pendapatan naik

Sama seperti perniagaan fizikal yang mempunyai lot kedai, pemilik perniagaan pastinya mahu lebih ramai pelanggan masuk ke kedai mereka.
Tak beli pun takpe, yang penting masuk & tengok-tengok cuci mata. Kalau membeli lagi bagus!
Hakikatnya, kita menggunakan formula yang sama.
Website yang dibina dijadikan pengganti kepada lot kedai fizikal.
Lagi tinggi jumlah trafik yang melawat ke satu laman web itu maka lagi cerahlah peluang untuk pemilik website tersebut menjana lebih pendapatan!
Trafik percuma vs trafik berkualiti

Jumlah trafik yang melawat sesuatu website akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan ranking di enjin carian – Google. Maknanya, lagi banyak pelawat lagi tinggilah ranking website tu.
Tahap kualiti trafik pula bergantung pada objektif website tersebut dibina.
Sebagai contoh, pemilik website e-commerce mengimpikan bilangan trafik yang tinggi dan juga berkualiti supaya boleh meningkatkan nilai conversion.
Hal ini selari dengan objektif website e-commerce itu dibina iaitu untuk menjual produk atau perkhidmatan.
Bagi pemilik blog (seperti saya), saya memfokuskan untuk mencatat bilangan trafik dengan engagement yang tinggi dalam website saya.
Engagement dalam konteks ini bermaksud pelawat meluangkan masa yang lama melayari website dan membaca artikel di dalam website saya.
Ini kerana pada ketika ini saya menggunakan platform Google Adsense dan juga affiliate marketing sebagai langkah menjana pendapatan melalui website dan pendapatan saya dikira berdasarkan bilangan trafik dan juga engangement yang direkodkan.
Pada dasarnya, setiap website memerlukan bilangan trafik yang tinggi serta menepati objektif website tersebut dibina.
Cara dapatkan trafik ke website
Untuk topik ini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
- Cara tingkatkan trafik website secara percuma daripada Google
- Cara tingkatkan trafik website secara berbayar
Dah ready ke?
Baca sampai habis tau..
5 Cara dapatkan trafik website secara percuma dari Google
Mesti ada yang tanya, “Kenapa Google? Kenapa bukan enjin carian lain macam yahoo atau Yandex?”
Baiklah, mari saya terangkan sebabnya kenapa.
Google adalah sebuah enjin carian terbesar yang mempunyai pengguna sebanyak 4.3 billion pada tahun 2022.

Sebab itulah saya fokuskan bahagian ini untuk dapatkan trafik percuma daripada Google sebab Google memegang jumlah pengguna yang sangat besar berbanding enjin carian yang lain.
Ok mari kita teruskan.
Cara untuk dapatkan trafik website secara percuma dari Google ialah dengan…
Cipta konten yang berkualiti tinggi
Perkara paling penting sekali untuk mendapatkan trafik percuma ke website adalah dengan menyediakan konten yang berkualiti tinggi.
Ini paling penting sekali ya kawan-kawan…
Kenapa?
Sebab inilah faktor utama untuk menarik trafik ke website kita!
Bagaimana cara untuk mencipta konten berkualiti tinggi?
Mari saya ajarkan ya.
Formula cipta konten berkualiti tinggi
1. Buat kajian kata kunci (keyword research)
Sebelum mula menulis artikel, saya akan membuat sedikit kajian kata kunci (keyword research) yang bakal saya gunakan dalam penulisan saya.
Terdapat beberapa cara untuk menjalankan kajian kata kunci antaranya korang boleh gunakan Google sebagai rujukan. Masukkan kata kunci yang hendak digunakan pada search bar dan lihat keputusan yang keluar.
Kata kunci yang popular akan menghasilkan carian yang tinggi dan kata kunci yang tidak popular akan menunjukkan hasil carian yang sedikit.
Teknik ini agak tricky sedikit sebab agak sukar untuk kita kenalpasti bilangan pesaing untuk sesuatu kata kunci itu.
Untuk mengatasi masalah ini, saya gunakan tool analytic SEMrush kerana tool ini membantu saya dengan memberikan data yang tepat untuk saya membuat analisis.
Berbanding tool analytic lain yang berada di pasaran, saya selesa menggunakan SEM rush kerana tool ini user friendly di samping harga yang mampu milik.
2. Cipta tajuk artikel yang menarik
Tajuk artikel adalah perkara nombor 1 yang akan menarik pelawat untuk membaca artikel jadi saya cadangkan korang ambil sedikit masa untuk mencipta tajuk artikel yang catchy.
Korang boleh belajar menulis tajuk artikel dengan merujuk kepada portal berita dan juga blog-blog terkenal.
Tapi, tajuk tu jangan clickbait sangat ya!
3. Format artikel dengan kemas dan tersusun
Nampak macam remeh tapi sebenarnya format sesuatu artikel itu sangat penting ya.
Artikel yang kemas dan tersusun akan meningkat nilai mudah baca (readability value) yang bukan hanya digemari oleh pengunjung website malah Google juga.
Secara logiknya, kita mesti taknak baca artikel yang tiada perenggan, banyak kesalahan ejaan dan juga format yang bersepah, betul tak?
Mari saya kongsikan formula ringkas saya menulis artikel iaitu:

- Tajuk (h1 tag)
- Pengenalan
- Tajuk Kecil – Isi Pertama (h2 tag)
- Imej
- Huraian
- Subtopik isi pertama (h3 tag)
- Huraian
- Tajuk Kecil – Isi Kedua (h2 tag)
- Imej
- Huraian
- Soalan Lazim
- Kesimpulan / Rumusan
- Call-To-Action
Selitkan imej atau infografik untuk menjadikan artikel lebih menarik dan mudah untuk dibaca.
Gunakan h-tag yang bersesuaian untuk mengoptimumkan konten dalam website korang!
Optimumkan SEO website
Terdapat banyak strategi SEO yang telah dikongsikan di internet untuk mendapatkan ranking yang tinggi di Google dan sekaligus meningkatkan bilangan trafik ke website.
SEO atau nama penuh Search Engine Optimization secara dasarnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

- On-Page SEO
- Off-Page SEO
- Technical SEO
On-Page SEO juga dikenali sebagai On-Site SEO merujuk kepada prektis mengoptimumkan website untuk meningkatkan kedudukan ranking di enjin carian dan meraih trafik secara organik (percuma).
Cara untuk menjalankan On-Page SEO ialah dengan menerbitkan konten yang bermutu dengan kata kunci (keyword) yang kurang competition, mengoptimumkan headlines, tag HTML dan juga imej di dalam website.
Off-Page SEO ialah sebarang aktiviti SEO yang dijalankan di luar website seperti membina backlinks, membina jenama dan juga hebahan di media sosial
Secara ringkasnya,
Website korang = On-Page SEO
Website lain atau platform lain = Off-Page SEO
Technical SEO pula merujuk kepada prektis untuk mengoptimumkan website dan juga pelayan (server) yang kemudiannya akan membantu robot Google (yang juga dipanggil crawler) untuk mengindekskan website di enjin carian.
Sebagai contoh, website yang mempunyai kelajuan tinggi, memasang sijil SSL, mesra peranti mudah alih (mobile friendly) dan tiada pautan yang terputus (broken link) akan memudahkan urusan pengindeksan oleh robot Google.
Bercakap tentang speed website, saya gunakan Hostinger sebagai penyedia khidmat web hosting untuk semua website saya dan saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Langgan web hosting Hostinger dan dapatkan diskaun 20%
Panjang nak cerita pasal SEO ni nanti saya akan buat satu artikel khas berkenaan SEO ya!
Seterusnya….
Menggunakan fungsi Google My Business

Saya selalu mengingatkan rakan-rakan usahawan untuk menggunakan fungsi Google My Business yang disediakan oleh Google dengan sebaik mungkin.
Lengkapkan profil perniagaan di Google My Business dengan menyertakan nama perniagaan, alamat fizikal, URL website, nombor telefon, imej, review dan juga maklumat-maklumat lain.
Selain daripada meningkatkan bilangan trafik ke website, fungsi Google My Business juga akan membantu meningkatkan visibility sesuatu perniagaan itu mengikut lokasi sekaligus akan menarik lebih ramai pelanggan berpotensi ke perniagaan korang.
Jadi, jangan lupa daftar dan kemaskini profil Google My Business ya!
Hebahan di media sosial

Sedar tak sedar, media sosial sebenarnya ialah sebuah medium marketing percuma, mudah akses dan mempunyai direktori pengguna yang terdiri dari pelbagai demografi.
Bergantung pada niche website, korang boleh gunakan gunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, LinkedIn dan juga Twitter untuk menarik pelawat melayari website.
Sediakan post atau ciapan yang menarik, berkualiti, berguna dan mudah untuk dikongsi untuk menukar status pengguna media sosial kepada pelawat website.
Kumpul email pengunjung.

Salah satu cara mudah dan pantas untuk mendapatkan trafik website ialah dengan membina database email para pengunjung.
Juga dikenali sebagai email marketing, mempunyai database email akan memudahkan kita untuk membina komuniti kecil dengan para pengunjung website.
Membina database email akan membantu korang menjadi lebih dekat audiens. Selain boleh meningkatkan bilangan trafik ke website, korang boleh berinteraksi dengan mereka dan juga berkongsi artikel dan informasi menarik.
Saya gunakan program Convertkit untuk membina database pengunjung. Program ini percuma tapi ada had.
Alang-alang tu, boleh la tinggalkan email di ruangan yang disediakan.
Korang cuma kena scroll ke bawah je dan isikan email korang ya!
Ya, ini adalah jemputan khas untuk korang menjadi sebahagian komuniti kecil geng Pencipta Konten.
4 cara berbayar untuk meningkatkan kadar trafik website
Kita sudah selesai berbincang tentang method percuma untuk mendapatkan trafik website.
Sekarang kita cerita method berbayar pula.
Bergantung pada budget yang korang ada, berikut ialah beberapa cara untuk mendapatkan trafik website secara berbayar.
Google paid ads
Korang perasan tak lepas korang masukkan search term dekat Google, result akan keluar macam ni?

Untuk 3 – 4 hasil carian yang pertama, yang ada tanda ad (rujuk imej di atas) ialah paid ads yang disediakan oleh Google.
Google menyediakan fungsi paid ads sebagai pilihan untuk kita bid kata kunci yang mewakili website (atau landing page) dengan meletakkan di posisi paling atas.
Lagi tinggi persaingan kata kunci tersebut, lagi tinggilah harga yang kita kena bayar.
Exposure seperti ini sangat bagus untuk menjana trafik website dan juga kadar trafik yang berkualiti.
Oh, lupa nak beritahu…
Korang cuma kena bayar bila ada pengguna Google yang klik iklan korang.
Tiada bayaran yang dikenakan untuk impression.
Pengiklanan di media sosial

Menggunakan anatomi yang lebih kurang sama seperti Google paid ads, pengiklanan di media sosial pula akan meletakkan iklan kita di feed atau halaman yang relevan.
Berdasarkan pengalaman peribadi, pengiklanan di media sosial menawarkan fungsi penyasaran iklan (targeting) yang lebih tepat dan jitu.
Sebagai contoh, Facebook ads mempunyai pilihan interest dalam tetapan pengiklanan mereka dan ini membolehkan kita untuk membuat penyasaran dengan lebih tepat bagi memastikan iklan disiarkan kepada pengguna media sosial yang relevan sahaja.
Selain dapat meningkatkan trafik website, korang juga boleh menggunakan fungsi pengiklanan di media sosial untuk mendapatkan leads dan juga memperkenalkan perniagaan atau perkhidmatan kepada umum.
Iklan paparan (display advertising)
Bila korang melayari satu-satu website, korang pernah perasan tak ada iklan macam ni?

Ini dinamakan iklan paparan atau orang putih panggil display advertising.
Pemilik website menyediakan perkhidmatan display advertising sebagai satu langkah menjana pendapatan.
Pengiklan pula akan memilih website yang relevan dengan niche website mereka untuk melanggan perkhidmatan ini.
Bergantung pada kontrak atau perjanjian, display advertising selalunya menggunakan kreatif seperti banner atau video pendek.
Iklan paparan akan membantu meningkatkan brand awareness kepada audiens berpotensi melangkaui pelbagai platform.
So, jangan pandang rendah dengan impak display advertising ya!
Menjadi penulis blog jemputan (guest blogger)
Menjadi penulis blog jemputan atau nama lainnya guest blogger adalah satu strategi pantas untuk meningkatkan trafik website.
So, macam mana cara untuk jadi guest blogger ni?
Caranya mudah saja.
Korang boleh hubungi pemilik website – kalau boleh website yang mempunyai niche yang relevan dengan website korang – dan nyatakan hasrat untuk menjadi penulis jemputan di website mereka.
Selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, korang boleh mula menulis artikel dan tinggalkan URL website korang pada artikel yang ditulis.
Bergantung pada pemilik website tersebut, kadang-kadang mereka akan kenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan ini.
Ada juga yang percuma sahaja.
Korang cuma kena rajin-rajin untuk membuat networking dengan pemilik website lain lah.
Selain dari meningkatkan trafik website, proses ini juga dapat meluaskan direktori networking dan juga mengeratkan ukhwah.
Kawan dapat, trafik pun dapat.
Best kan?
Kesimpulan – 10 Cara Tingkatkan Trafik Website
Secara kesimpulannya, untuk meningkatkan kadar trafik ke website ni tak susah pun.
Kalau ada budget, boleh guna cara berbayar.
Kalau rasa budget nipis, boleh guna cara percuma yang saya kongsikan di atas.
Nak naikkan trafik website ni umpama masuk pertandingan maraton. Korang kena konsisten dan tak boleh hangat-hangat tahi ayam.
Orang putih kata, consistency is key.
So, teruskan menulis dan berusaha ya?
Jemput tinggalkan komen di ruangan bawah tau dan jangan lupa untuk menjadi sebahagian geng Pencipta Konten!
Sehingga ke artikel akan datang.
Selamat tingkatkan trafik website!
Hello! Quick question that’s entirely off topic. Do you know how to make
your site mobile friendly? My blog looks weird when viewing from my iphone4.
I’m trying to find a template or plugin that might be able
to fix this issue. If you have any recommendations, please share.
Thank you!
Hey there!
Is this another spam or a legit question?
However, I’m still going to reply you.
Basically, it is all depends on your which platform you build your website.
Normal platform builder like WordPress has mobile view that you can customize while building your website.
I hope this helps!
Hey there just wanted to give you a quick heads up.
The words in your post seem to be running off the screen in Internet explorer.
I’m not sure if this is a format issue or something to
do with web browser compatibility but I thought I’d post to let you know.
The layout look great though! Hope you get the problem resolved soon. Kudos
Hey there!
Thanks for the heads up.
I did not see any problems with the layout of my website.
It might be there’s problem with your browser.
My partner and I absolutely love your blog and find a lot of your post’s to be exactly what
I’m looking for. Would you offer guest writers to write content in your case?
I wouldn’t mind creating a post or elaborating on most of the subjects you write in relation to here.
Again, awesome blog!
Sure! We’re open for guest post. Kindly fill up the form here
Hey there! Would you mind if I share your blog with my myspace group?
There’s a lot of people that I think would really enjoy your content.
Please let me know. Thanks
Sure!
Keep on writing, great job!