Hostinger web hosting terbaik? Betul ke?
Namun sebelum kita bermula, saya dengan rendah hati ingin menjemput para membaca untuk singgah ke hasil penulisan saya sebelum ini iaitu
Panduan A/B Testing untuk Paid Ads
Dan juga
7 Cara Buat Duit Dengan Website
Sudah ke?
Terima kasih daun keladi.
Jangn tunggu lagi, jom kita ke garisan permulaan!
Sedikit tentang latar belakang syarikat Hostinger
Syarikat ini ditubuhkan pada bulan November 2004 di Kaunas, Lithunia dengan diberi nama Hosting Media.
Pada tahun 2007 syarikat ini telah melancarkan servis pertama mereka iaitu khidmat web hosting percuma bebas iklan dan mula mengorak langkah pada tahun 2011 memperkenalkan penjenamaan semula menggunakan nama Hostinger sebagai syarikat khidmat web hosting berbayar.

Pada tahun 2014, Hostinger mencatat sebanyak 10 juta pengguna dan berkembang sehingga 29 juta pengguna pada tahun 2019.
Ini merupakan satu kejayaan yang sangat dibanggakan.
Hostinger menawarkan khidmat web hosting dengan menyelitkan pelbagai ciri tanpa had dan juga percuma.
Namun persoalannya, adakah semua ciri dan tawaran percuma ini benar-benar percuma dan berguna untuk para pengguna?
Teruskan membaca kerana saya akan kupas satu persatu dengan lebih mendalam sebelum kita teliti kelebihan dan kekurangan pakej web hosting yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Jenis Pakej Web Hosting Yang Ditawarkan oleh Hostinger dan Ciri-cirinya.
Hostinger menawarkan pelbagai pakej web hosting seperti VPS hosting, Cloud hosting, WordPress hosting dan yang paling murah dan mampu milik adalah Shared hosting.
Apa itu Shared hosting?
Shared hosting adalah satu sistem perkongsian pelayan (server) dan resources bersama pelanggan lain. Bergantung pada jenis plan Shared hosting yang dilanggan, korang akan mendapat lebih atau kurang resources.
Bagaimanapun, syarikat web hosting yang komited akan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk para pelanggan.
Ciri-ciri perkhidmatan web hosting yang berkualiti tinggi
Pada pendapat saya, syarikat web hosting yang komited untuk memberikan khidmat pelanggan yang baik kepada pengguna akan menawarkan ‘solid service’ seperti sijil SSL percuma tanpa had (tanpa mengira jenis plan yang dilanggan), perlindungan CloudFlare (CloudFlare protection) dan juga khidmat backup secara mingguan.
Korang akan dapat ciri-ciri ini semua dengan Hostinger!
Jadi, korang dah dilindungi dari segi keselamatan website korang nanti.
Dah tak perlu risau dah!
Kelebihan Khidmat Web Hosting oleh Hostinger
Syaikat Hostinger menawarkan pelbagai kelebihan kepada para pelanggan. Saya akan ceritakan satu-persatu berdasarkan pengalaman saya sebagai pelanggan dan juga dari sedikit pembacaan dan research di internet.
Hostinger menawarkan website loading time yang laju
Kelajuan tempoh loading sesebuah website itu adalah sangat penting.
Sebagai pembina dan pemilik website, saya sendiri amat menitik beratkan hal ini kerana memang sudah terbukti yang pelawat akan tekan butang X dan keluar dari website tersebut jika ianya mengambil masa yang lama untuk loading dan memberi respon.
Kajian menunjukkan yang pelawat akan menunggu tidak lebih dari 4 saat untuk melayari sesebuah website.

Jadi, kalau website korang ambil masa lebih 4 saat untuk loading, besar kemungkinan korang akan kehilangan sejumlah pelawat dan trafik yang sangat banyak.

Tapi, dengan Hostinger korang tak perlu risau sebab Hostinger mempunyai server di US, Asia dan juga Eropah dan setiap server ini dihubungkan dengan kelajuan purata 307 milisaat.
Cemerlang!
Hostinger menawarkan web hosting yang berkualiti tinggi
Selain daripada loading time, korang juga kena pastikan website korang tu sentiasa online dan boleh dilayari oleh pelawat.

Suka saya nak cadangkan kepada korang untuk semak rekod prestasi syarikat web hosting sebelum melanggan sebarang pakej web hosting.
Dalam isu ini, Hostinger merekodkan purata 99.97% uptime dengan hanya downtime selama 1 jam 30 minit sahaja dalam masa 6 bulan.
Sejumlah 26 kes outage telah direkodkan dan yang paling ketara berlaku pada bulan Julai dengan purata uptime 99.00%
Selain dari itu, Hostinger juga merekodkan prestasi cemerlang dengan menunjukkan angka turun naik dari 99.96% ke 100%

Ianya satu perkara normal kerana adalah mustahil untuk sesuatu syarikat web hosting itu merekodkan prestasi 100% uptime sepanjang masa.
Ini membuktikan Hostinger menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan mengagumkan.
Kalaupun bukan nombor 1 tapi Hostinger adalah antara yang terbaik!
Hostinger menyediakan khidmat sokongan pelanggan yang efisien

Ok sekarang saya nak masuk bab customer support service atau khidmat sokongan pelanggan pula.
Hostinger menyediakan khidmat sokongan pelanggan yang responsif 24/7.
Saya sendiri pernah melalui beberapa situasi ‘kecemasan’ yang memerlukan bantuan teknikal dari pihak web hosting dan team customer support Hostinger sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dengan sangat pantas dan profesional.
Hostinger juga menyediakan khidmat sokongan pelanggan dalam pelbagai bahasa dan boleh diakses melalui live chat dan juga email.
Korang boleh tekan icon di bahagian bawah penjuru kanan untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan yang bertugas.
Senang betul berurusan dengan mereka.
Ayuh maju ke point seterusnya!
Hostinger menawarkan domain percuma dengan setiap langganan pakej web hosting

Pelanggan layak untuk menebus 1 domain percuma untuk langganan pakej web hosting plan Premium dan Business bagi produk Shared Hosting dan juga plan Starter, Business dan Pro bagi produk WordPress Hosting.
Selalunya harga 1 domain .com ialah dalam lingkungan RM45 – RM50 setahun.
Dah jimat dekat situ!
Hostinger menawarkan khidmat website builder dipanggil Zyro

Kalau korang melanggan pakej Shared Hosting, korang boleh akses satu program website builder yang dibina oleh Hostinger dan diberi nama Zyro.
Bergantung pada plan langganan, korang boleh akses beribu template percuma untuk membina website korang.
Lepas dah pilih template, korang dah boleh customize website korang itu mengikut kreativiti sendiri.
Bagi pelanggan WordPress Hosting pula, Hostinger menyediakan fungsi one-click-installation.
Korang cuma kena klik 1 butang sahaja dan dalam masa beberapa saat program WordPress sudah tersedia untuk diakses di dashboard.
Senang betul!
Hostinger menyediakan laman pemuka (interface) moden dan mudah akses

Sebaik sahaja korang login ke akaun hostinger, korang akan dibawa ke halaman panel kawalan (control panel) dengan laman pemuka (interface) yang moden dan kemas.
Di sini korang boleh akses ke pelbagai fungsi (features) seperti memantau maklumat login, maklumat pengebilan (billing information) dan juga akses kepada akaun email.

Halaman panel kawalan ini tidak membawa bayangan tradisional dan konservatif seperti yang korang selalu jumpa sebelum ini tapi Hostinger telah menaiktaraf dengan menyediakan icon dan juga user interface yang kemas dan tersusun.
Mudah sangat sebab semua fungsi dihimpun dalam satu halaman sahaja!
Mungkin usaha penambahbaikan ini tidak berapa digemari oleh segelintir pengguna advance namun bagi saya, fungsi ini sangat membantu dalam memudahkan saya menyelesaikan sesuatu task tanpa memakan masa yang lama.
Hostinger menawarkan plan pakej menyeluruh dengan harga mampu milik
Sekarang kita akan teliti plan dan pakej yang disediakan oleh Hostinger.
Basically, Hostinger sediakan 3 plan untuk web hosting. Korang boleh rujuk gambar yang saya screenshot daripada website Hostinger ya.

Ada 3 jenis plan bergantung pada matlamat penggunaan, korang boleh pilih antara
- Shared Web Hosting
- Cloud Web Hosting
- WordPress Web Hosting
Saya terangkan secara ringkas ya jenis-jenis web hosting ini dan penggunaannya
Pakej Shared Web Hosting oleh Hostinger
Shared Web Hosting adalah satu perkhidmatan website hosting yang membolehkan korang untuk membina lebih dari satu website di satu pelayan (server).
Kelebihan menggunakan shared hosting ini ialah dapat menjimatkan kos dan resources.
Satu server boleh mengehos lebih dari satu website tau. Jadi, bila korang kongsi 1 server untuk menghoskan pelbagai website korang boleh la jimat kos dekat situ.
Korang boleh baca dengan lebih lanjut berkenaan shared web hosting dekat link di bawah ini.
>>KLIK SINI UNTUK BACA BERKENAAN SHARED WEB HOSTING<<
Pakej Cloud Web Hosting oleh Hostinger
Pakej Cloud Web Hosting ini selalunya digunakan oleh syarikat atau industri yang besar dan large scale.
Cloud Web Hosting menggunakan pelayan (server) dalam bentuk maya (virtual) yang lebih reliable dan efisien berbanding pelayan (server) tradisional.
Hostinger menggunakan teknologi CloudLinux untuk produk Cloud Web Hosting mereka dan memberi jaminan 99.9% uptime dengan pusat data global.
Kalau korang bercadang nak bina website e-commerce atau online store dalam skala besar, saya cadangkan korang langganlah pakej Cloud Web Hosting ni.
Confirm puas hati!
>>BACA MAKLUMAT LANJUT TENTANG CLOUD WEB HOSTING DI SINI<<
Pakej WordPress Hosting oleh Hostinger
Ok kalau korang nak bina website menggunakan platform WordPress, korang boleh la langgan pakej WordPress Hosting oleh Hostinger ni.
Hostinger menawarkan 4 pakej untuk WordPress Hosting dengan harga plan yang bermula serendah RM8.99/bulan sehingga RM49.99/bulan sahaja.
Bergantung pada penggunaan korang, tapi saya cadangkan korang pilih plan WordPress Starter sebab plan ini menawarkan lebih fungsi dan resources dan sangat berbaloi dengan harganya yang murah.
Saya sediakan infografik perbandingan di bawah untuk efek visual dan lebih pemahaman.
Hostinger menawarkan diskaun untuk langganan jangka panjang
Suka saya nak ingatkan untuk korang bagi lebih perhatian dan membuat pengiraan dengan teliti apabila ingin membuat sesuatu langganan perkhidmatan kerana biasanya tempoh langganan jangka panjang akan memberi nilai yang lebih berbanding dengan tempoh langganan jangka pendek.
Saya berikan contoh plan langganan yang disediakan oleh Hostinger untuk plan WordPress Hosting.
Jika kita teliti gambarajah di bawah, langganan untuk tempoh 12 bulan ialah RM24.99/bulan dengan kadar pembaharuan sebanyak RM39.99/bulan.
Manakala, tempoh langganan selama 24 bulan bermula dengan kadar RM12.99/bulan dengan kadar pembaharuan iaitu RM19.99 sebulan.

Ok, mari kita buat kira-kira dan perbandingan, jika seseorang itu melanggan pakej web hosting WordPress Starter selama 48 bulan maka contoh kira-kira adalah seperti di bawah

So, kita boleh simpulkan di sini yang tempoh langganan 48 bulan akan memberikan lebih penjimatan berbanding dengan langgan 12 bulan.
Apa-apa pun, tepuk dada tanyalah poket!
Hostinger menawarkan 30-hari jaminan wang dikembalikan

Syarikat Hostinger menyediakan 30-hari jaminan wang dikembalikan untuk setiap langganan pakej web hosting kecuali bayaran pertama selepas tempoh percubaan percuma.
Terdapat juga jaminan 30 hari wang dikembalikan untuk pembelian domain tapi tidak termasuk pembelian domain yang menggunakan .eu dan .es kerana kedua-dua ID ini tidak menawarkan refund.
Kebanyak pembelian nama domain baharu hanya akan direfund dan dibatalkan dengan mengambil tempoh proses purata 4 hari bekerja dengan syarat permohonan pembatalan dibuat dalam tempoh jaminan iaitu 30 hari selepas transaksi pembelian.
Hostinger juga menawarkan jaminan 30 hari wang akan dikembalikan untuk pembelian sijil SSL.
Namun, jaminan ini TIDAK termasuk caj seperti yuran penebusan (redemption fees), pembaharuan nama domain (domain renewals) dan juga perlindungan privasi (privacy protection).
>>BACA MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN REFUND POLICY OLEH HOSTINGER<<
Kekurangan Khidmat Web Hosting oleh Hostinger
Satu kekurangan yang saya boleh ceritakan di sini ialah tawaran plan Single oleh Hostinger.
Pada pendapat saya, sekali tengok harga yang diletakkan adalah murah tapi tidak berbaloi dengan fungsi dan kelebihan yang ditawarkan.
Sebagai contoh, TIADA domain percuma ditawarkan untuk plan pakej Single WordPress Hosting dan Single Shared Web Hosting sedangkan praktis ini adalah satu industry standard yang menjadi kebiasaan kepada syarikat web hosting lain.
Selain itu, plan ini juga menawarkan storage yang terhad iaitu hanya 50gb dan bandwith pada 100gb.

Mungkin Hostinger menyediakan plan ini untuk para hobbyist dan juga pemilik website kecil-kecilan.
Kalau korang bercadang untuk membina website dengan serius, saya cadangkan untuk TIDAK melanggan pakej paling murah yang ditawarkan ini.
Rumusan – Hostinger Web Hosting Terbaik [Review 2022]
Secara keseluruhannya, Hostinger menawarkan perkhidmatan web hosting dengan harga mampu milik, berkelajuan tinggi dan sangat reliable.
Walaupun plan Single Web Hosting tidak menawarkan banyak fungsi tanpa had dan fungsi percuma namun plan Premium, Business, dan Cloud Hosting menyediakan tawaran yang lebih berbaloi pada harga yang kompetetif.
Jaminan 30-hari wang dikembalikan oleh Hostinger memberi kelebihan dan pilihan kepada pengguna sekiranya tidak gembira dengan perkhidmatan yang disediakan.
Jadi, korang boleh cuba dulu kalau tak happy boleh minta refund.
Hostinger menyediakan kumpulan khidmat sokongan pelanggan yang responsif, efisien, sangat membantu dan peramah.
Ini merupakan +1 yang kuat untuk Hostinger.
Pendek kata, Hostinger telah mencatat satu standard yang agak tinggi dalam liga web hosting dan agak sukar untuk ditandingi oleh syarikat web hosting yang lain.
Jadi, kalau korang sedang mencari dan membuat pertimbangan untuk melanggan perkhidmatan web hosting, saya ada sediakan kod diskaun sebanyak 20%.
>>Klik link ini mendapatkan diskaun 20% dengan Hostinger<<
Kita sudah sampai ke penghujung artikel. Ucapan jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan menyokong blog penciptakonten.com
Kalau ada soalan atau komen boleh tinggalkan di ruangan di bawah ya.
Sehingga ke artikel akan datang!