Ada yang nak belajar cara buat A/B Testing tak?
Tak susah pun sebenarnya nak buat A/B Testing atau nama lain ‘Split Testing’ untuk paid ads (iklan berbayar) ni…
Panduan ini adalah secara general sahaja dan korang boleh olah mengikut kreativiti korang dan gunakan di pelbagai platform seperti Facebook dan juga Google.
Suka saya nak maklumkan terlebih dahulu yang topik ini sedikit teknikal ya tapi jangan risau sebab saya akan cuba terangkan dengan cara yang paling jelas dan mudah faham.
Ayuh!
Oh sebelum saya terlupa, jemput baca artikel di bawah ini.
Cara Buat Duit Dengan Website – Update 2022
dan juga…
Cara Buat Duit Dengan Canva – Terbaru 2022
Ok?
Sekarang kita start!
Apa itu A/B Testing?

Dari sudut pengiklanan dan pemasaran, A/B Testing atau ‘Split Testing’ adalah satu proses perbandingan dua data pembolehubah untuk mengenalpasti yang mana satu menghasilkan keputusan yang lebih baik dan memuaskan.
Data yang terhasil dari eksperimen A/B Testing ini sangat penting untuk menghasilkan naskhah iklan yang tepat dan selari dengan kempen pemasaran. Ini kerana setiap golongan audiens mempunyai behaviour dan citarasa yang tersendiri.
Faham tak?
Takpe kalau tak faham. Teruskan membaca ya!
Cara A/B Testing Berfungsi
Untuk menjalankan A/B Testing, kita kena menghasilkan dua versi berbeza untuk satu content yang sama. Kedua-dua content ini hanya mempunyai SATU perbezaan sahaja dan kempen dijalankan secara serentak.
Kemudian, kita akan siarkan kedua-dua content ini kepada audiens pada masa yang sama. Hasil dari feedback audiens ini kita akan kumpul dan kemudian kita akan analisis untuk mengenalpasti content yang mana satu memberi keputusan yang lebih baik dan bagus.

Menjalankan A/B Testing akan membantu kita untuk mendapat gambaran yang lebih jelas prestasi sesuatu content itu.
Cara Menjalankan A/B Testing
Mesti ada yang tanya, macam mana nak buat A/B Testing ni?
Ok mari saya terangkan.
Contoh:
Saya bercadang untuk melancarkan kempen iklan khidmat bina website di platform Facebook. Jadi, saya sediakan 2 iklan yang mempunyai 1 perbezaan sahaja.
Rujuk gambar di bawah.

Kedua-dua iklan ini menggunakan ayat copywriting dan call-to-action yang sama.
Hanya satu perkara sahaja yang berbeza iaitu gambar (yang juga dipanggil ‘kreatif’) yang saya gunakan untuk iklan tersebut.
Saya akan lancarkan kedua-dua iklan ini dengan menggunakan setting dan budget yang sama.
Setelah kempen iklan tamat, saya akan menganalisis data yang saya perolehi untuk mengenalpasti naskhah iklan yang mana satu mendapat sambutan daripada audiens.
Hasil daripada eksperimen ini, saya boleh membuat kesimpulan behaviour dan action target audiens saya.
Data yang saya peroleh akan saya kumpulkan dan digunakan untuk kempen iklan yang seterusnya.
Senang je kan?
Cara Terbaik Membuat A/B Testing Untuk Paid Ads

Untuk mereka yang kurang berpengalaman dalam iklan berbayar (paid ads) mungkin akan merasakan A/B Testing ini sedikit payah.
Untuk membantu korang, saya akan kongsikan 6 cara untuk membuat A/B Testing untuk paid ads.
Uji satu pembolehubah sahaja setiap masa
Bila korang rancang A/B testing, pastikan korang pilih satu pembolehubah sahaja dalam satu-satu masa. Tidak kisah la sama ada korang nak test copywriting, imej kreatif atau call-to-action.
Ubah SATU sahaja ya.
Ini penting untuk mendapatkan data yang tepat.
Rekod data yang diperoleh dalam spreadsheet
Rekod semua data yang korang perolehi dalam setiap eksperimen A/B Testing yang dijalankan. Ini penting supaya korang boleh mengawasi dan memantau setiap metrics, data dan pembolehubah yang akan mempengaruhi strategi pemasaran kelak.
Hasilkan hipotesis untuk setiap kempen iklan
Setiap kali kempen iklan berakhir, pastikan korang mengambil sedikit masa untuk meneliti data yang boleh didapati daripada kempen tersebut.
Jangan lupa untuk rekodkan hipotesis dan gunakan untuk kempen iklan yang seterusnya. Ini penting supaya korang dapat mengoptimumkan kempen pengiklanan untuk bisnes korang.
Tempoh kempen iklan yang bersesuaian
Facebook mencadangkan untuk setiap iklan dilancarkan paling kurang selama 4 hari untuk mendapatkan data yang sahih dan tepat.
Saya sendiri secara peribadi akan melancarkan kempen iklan selama 5 ke 10 hari kerana bagi saya ini ialah tempoh yang ideal untuk saya mengenalpasti keberkesanan strategi kempen tersebut.
Sediakan modal yang mencukupi
Bila sampai bahagian ini, ramai yang mengeluh.
Namun, korang kena faham setiap bisnes perlu mempunyai modal yang mencukupi untuk pengiklanan dan pemasaran.
Barulah bisnes boleh bawa untung!
Soalan Lazim – Panduan A/B Testing Untuk Paid Ads
Bagaimana cara A/b Testing Berfungsi?
Mudah saja.
Hasilkan 2 versi berbeza untuk 1 content yang sama. Kedua-dua content mempunyai SATU perbezaan sahaja (contoh: imej kreatif, copywriting atau call-to-action).
Kemudian, kedua-dua content ini akan disiarkan kepada audiens pada masa yang serentak dengan nilai budget yang sama.
Setelah kempen tamat, kenalpasti content yang mana satu memberikan keputusan yang lebih baik.
Bagaimana cara menjalankan A/B Testing?
Cara menjalankan A/B Testing:
- Cipta 2 versi berbeza untuk content yang sama
- Siarkan kempen tersebut secara serentak
- Kenalpasti content yang mana satu memberi engagement/keputusan yang memberansangkan
- Kumpulkan data & gunakan untuk kempen iklan akan datang
Apakah cara terbaik menjalankan A/B Testing untuk paid ads?
Cara terbaik menjalankan A/B Testing untuk paid ads:
- Uji satu pembolehubah sahaja setiap masa
- Rekod data yang diperoleh dalam spreadsheet
- Hasilkan hipotesis untuk setiap kempen iklan
- Tempoh kempen iklan yang bersesuaian
- Sediakan modal yang mencukupi
Kesimpulan – Panduan A/B Testing Untuk Paid Ads
Kesimpulannya, eksperimen A/B Testing atau ‘Split Testing’ dijalankan untuk mengenalpasti prestasi sesuatu naskhah iklan tersebut untuk menghasilkan keputusan yang optimum dan selari dengan kempen pengiklanan seperti yang dirancang.
Selain untuk mengenal target audiens dengan lebih mendalam, menjalankan eksperimen A/B Testing akan mengoptimumkan kos pengiklanan dengan merekodkan data yang tepat dan berkualiti.
Akhir sekali, saya nak ucap tahniah sebab korang dah berjaya baca artikel ini sampai habis. Saya harap perkongsian ini berjaya memberi pencerahan dan insight untuk korang dalam melancarkan kempen iklan berbayar yang lebih berkesan.
Kalau ada soalan atau komen boleh tinggalkan di ruangan di bawah ya.
Sehingga ke artikel akan datang!