Hari ini saya nak terangkan secara ringkas perbezaan antara ‘marketing funnel’ vs ‘sales funnel’. Topik ini sedikit teknikal tapi jangan risau sebab saya akan cuba terangkan dengan cara paling mudah faham supaya boleh bawa banyak manfaat kepada lebih ramai golongan pembaca.
Sebelum saya mula, saya nak ajak korang semua untuk baca topik pengenalan mengenai “Kepentingan Sales Funnel” di artikel ini. Jemput baca ya!
Baiklah jom kita mula.
Apa itu ‘Marketing Funnel’?
Saya hendak memulakan sesi perkongsian kali ini dengan menerangkan maksud ‘marketing’ dari sudut bisnes. Merujuk kepada encik google yang baik hati, ‘marketing’ membawa maksud:

Dalam bahasa melayu pula ‘marketing’ ialah ‘pemasaran’ yang membawa maksud…

Dalam bahasa mudah atau ‘layman’s term’, marketing atau pemasaran adalah satu proses untuk mengenalkan produk atau servis kepada pelanggan untuk meningkatkan keterlihatan (increase visibility) dan juga memberi impak untuk bersaing dalam pasaran.
Oleh itu, marketing funnel pula ialah satu sistem atau proses yang bertujuan untuk memimpin atau memandu prospek dari langkah pertama iaitu proses mengenali produk sehinggalah ke langkah terakhir iaitu menerbitkan keinginan untuk membeli produk.
‘Marketing funnel’ akan memudahkan prospek untuk mengenali sesuatu jenama. Ia juga menjadi alat untuk memberi gambaran sesuatu pembelian dan sekaligus menjadi panduan kepada pemilik bisnes untuk menghasilkan strategi pemasaran yang berjaya dan mudah kawal.

Terdapat 2 jenis ‘marketing funnel’ iaitu:
- Menghasilkan prospek: Kempen pemasaran yang bertumpu lebih kepada memperkenalkan jenama atau brand awareness. Proses ini boleh dilakukan melalui pelbagai medium seperti iklan online, konten viral dan pelbagi lagi.
- Menghasilkan pelanggan: Setelah prospek menunjukkan minat kepada jenama tersebut, proses seterusnya ialah untuk menjadikan prospek sebagai pelanggan iaitu dengan membuat pembelian. Pada poin ini, jenama perlu mempunyai hubungan yang baik dengan para prospek supaya dapat menghasilkan jualan.
Apa itu ‘Sales Funnel’?
Setelah sesuatu jenama itu mengenal pasti siapa prospek mereka, langkah seterusnya ialah menukar mereka menjadi pelanggan. Ketika inilah ‘sales funnel’ memainkan peranan penting
‘Sales funnel’ berfungsi sebagai panduan kepada prospek untuk melengkapkan pembelian mereka. Ia mempunyai bentuk kon yang paling kecil dan tirus dan terletak di bahagian paling bawah marketing funnel.
Apakah perbezaan antara ‘Marketing Funnel’ vs ‘Sales Funnel’?
Pada pendapat saya, terdapat garis halus yang memisahkan antara marketing funnel dan sales funnel kerana kedua-duanya saling berkait rapat dan hanya terdapat satu perbezaan iaitu cara penggunaan antara keduanya.

Kebiasaannya, pemasaran (marketing) berfungsi untuk memperkenalkan jenama kepada audiens dan sekaligus menerbitkan minat mereka terhadap jenama tersebut. Sales funnel terletak sangat rapat dengan marketing funnel dan kekuatan sesuatu sales funnel itu bergantung kepada keberkesanan yang dihasilkan oleh marketing funnel sekaligus akan menghasilkan permintaan produk.
Fenomena terkini yang kita dapat lihat ialah para pemilik bisnes menggabungkan kedua-dua funnel ini dan mengolah setiap proses untuk menghasilkan gabungan marketing + sales funnel yang sangat unik. Ini membuatkan proses untuk membezakan antara marketing funnel dan sales funnel lebih sukar.
Pada pendapat saya ini tidak membawa apa-apa masalah malah memudahkan proses kerana pada akhirnya tujuan funnel ini ialah untuk mencipta prospek dan menukar mereka menjadi pelanggan seterusnya melengkapkan pembelian dan merekodkan jualan.
Sepanjang pengalaman saya dalam bisnes internet, saya sendiri menggabungkan marketing funnel dan sales funnel kerana ianya lebih mudah, ringkas dan tidak mengelirukan.
Software terbaik untuk membina ‘marketing funnel’ dan ‘sales funnel’
Bagi memastikan sales funnel dan marketing funnel saya berfungsi dengan baik, saya telah menggunakan software bernama systeme.io.

Korang boleh ke laman web systeme.io untuk mendaftar secara percuma. Saya menggunakan platform ini kerana ianya sangat mesra pemula (beginner’s friendly), mudah kerana tiada kemahiran coding diperlukan, semuanya drag & drop sahaja.
Tapi yang paling penting, platform ini PERCUMA ya kawan-kawan!
Systeme.io menyediakan pelbagai pilihan untuk kempen pemasaran iaitu seperti membina landing page, squeeze page, upsell dan juga downsell. Platform ini sesuai untuk membina marketing funnel dan sales funnel bagi mereka yang menjual produk fizikal.
Nak lagi best?
Platform ini juga menyokong proses bayaran dalam matawang Ringgit Malaysia!
Korang tahu tak kalau anda guna ClickFunnels, anda akan dikenakan bayaran sebanyak USD97 sebulan?
Hehehhehehe dekat systeme.io, fungsi ini semua PERCUMA sahaja gais!
Rumusan: perbezaan antara “Marketing Funnel” vs “Sales Funnel”
Sebagai pemilik jenama, korang digalakkan untuk bersiap sedia dengan kempen pemasaran yang efektif dan berkesan. Salah satu cara untuk kempen pemasaran yang berkesan ialah dengan merangka satu marketing funnel dan sales funnel yang mudah, ringkas dan tidak mengelirukan.
Ini penting untuk memudahkan korang mengawal dan memantau perjalanan kempen pemasaran tersebut. Terdapat satu garis halus yang membezakan antara ‘marketing funnel’ dan ‘sales funnel’ iaitu ianya terletak pada cara penggunaan.
Namun, pada ketika ini, majoriti pemilik jenama telah menggabungkan kedua-dua proses ini untuk menghasilkan kempen pemasaran yang ringkas dan lebih efektif disamping memudahkan untuk mengawal kempen tersebut.
Baiklah, kita sudah sampai ke akhir artikel. Saya berharap perkongsian kali ini akan membawa manfaat kepada para pembaca. Macam biasa, tinggalkan komen, pertanyaan dan feedback anda di ruangan komen di bawah ya!.
Sampai jumpa di artikel akan datang.
І believe this is among the such a lοt important іnformation for me.
And i am glad stսɗying your article. But shoulɗ observation on some
normal issues, The site taste is great, the articles is
actually exϲellent : D. Good actiѵity, cheers