Saya terpanggil untuk menulis review tentang sebuah ebook yang bertajuk RAHSIA AFFILIATE yang ditulis oleh seorang affiliate marketer tempatan bernama Mohammad Bin Abdullah.
Jom kita start!
Tentang Penulis – MOHD B. ABD
Beliau telah ditamatkan kontrak pekerjaan pada tahun 2018 dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang affiliate marketing setelah menghadapi kesukaran dan kerumitan dalam menjalankan perniagaan minyak bidara yang dibuat secara offline. Ye lah, bila berniaga offline ni kita kena fikirkan pelbagai perkara macam tempat nak simpan stok, nak layan customer dan juga packing order untuk penghantaran. Banyak kerja dan leceh!
Sama seperti saya juga dahulu, Encik Mohd memulakan affiliate marketing dengan sekadar ‘copy & paste’ affiliate link di merata tempat dengan harapan akan mendapat sales. Namun, hasilnya sangat mendukacitakan.
Hehehehe…. Nampaknya, journey kita sama ya Encik Mohd?
Berjumpa Dengan Teknik Rahsia Affiliate Marketing
Encik Mohd berjaya untuk mencipta satu teknik yang membolehkan beliau menjana pendapatan sehingga 3 ke 4 angka sebulan. Teknik rahsia yang telah diperhalusi oleh beliau telah terbukti berkesan kerana beliau berkongsikan satu teknik yang unik dengan sifar kos permulaan.
Sangat sesuai untuk mereka yang baru nak mula affiliate marketing!
Isi Kandungan EBook Rahsia Affiliate Marketing
Di dalam ebook ini, Encik Mohd akan kongsikan cara untuk mempromosikan affiliate link tanpa melibatkan iklan berbayar. Teknik yang dikongsikan sangat ringkas dan mesra pemula, dan juga tidak memerlukan kemahiran teknikal untuk setup blog dan sebagainya.
Anda hanya perlukan handphone yang mempunyai akses internet. Itu sahaja!
Berikut, saya akan kongsikan beberapa teknik yang diajarkan melalui Ebook Rahsia Affiliate
Ini baru sikit tau.
Kalau anda dapatkan ebook ini, anda akan dapat beberapa hadiah percuma yang sumpah menarik sumpah tak tipu iaitu:
Bonus 1: Case Study Jana RM6000 Sebulan
Dalam bonus ini, Encik Mohd kongsikan sebuah case study bagaimana beliau berjaya jana pendapatan sebanyak RM6000 sebulan dengan hanya mempromosikan SATU produk sahaja!
Bonus 2: 63 Ebook PLR Bahasa Melayu
Ini sangat best ya kawan-kawan…. Setiap pembelian Ebook Rahsia Affiliate akan mendapat bonus 63 Ebook PLR Bahasa Melayu Percuma sahaja!
Kepada yang tidak tahu, PLR bermaksud Private Label Rights yang mana anda dibenarkan untuk edit, ubahsuai, gabungkan dengan konten lain dan apa sahaja mengikut kesukaan anda dan lepas tu anda boleh jual semula dengan meletakkan nama anda sebagai penulis.
Kan saya dah kata sangat best.
Ini saya kongsikan judul ebook PLR Bahasa Melayu yang anda bakal dapat setelah membeli Ebook Rahsia Affiliate oleh Encik Mohd B. Abd
Bonus 3: 43 Artikel PLR Bahasa Melayu
Dah bagi 63 ebook percuma, sekarang dia bagi lagi 43 artikel PLR dalam Bahasa Melayu pulak. Sama macam ebook PLR, artikel ini juga anda boleh edit, gabungkan dan jual semula dengan meletakkan nama anda sebagai penulis.
Cadangan saya, anda boleh gunakan ebook dan artikel ini untuk dijadikan bahan marketing untuk anda promote affiliate link anda nanti.
Bonus 4: Telegram Group Support
Setiap pembelian akan diberikan akses ke sebuah group rahsia di telegram. Dalam group ini, anda boleh tanya soalan atau teknik yang diajarkan dalam Ebook Rahsia Affiliate.

Rumusan – Review EBook Rahsia Affiliate Oleh Mohd B. Abd
Saya dah beli ebook ini ya dan saya pun sudah baca. Pada mulanya saya sedikit skeptikal tau… ( maaf ya penulis!) Namun setelah saya selesai baca dan hadamkan isi kandungan ebook ini, boleh saya simpulkan yang kandungannya sangat ringkas, tidak melereta, mudah faham dan tanpa meninggalkan elemen-elemen penting dalam affiliate marketing. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang affiliate marketing, saya sendiri mendapat ilmu baru daripada perkongsian ini.
Dengan harga RM50 sahaja beserta 4 bonus yang sangat wow, saya rasa ebook ni memang sangat berkualiti dan berguna kepada mereka yang berminat untuk menceburi bisnes affiliate marketing.
Oh, lupa nak beritahu… Encik Mohd ada nyatakan yang harga RM50 tu mungkin akan naik pada bila-bila masa.
Jadi, kalau saya nasihatkan anda untuk beli sekarang jangan tunggu lama-lama sebab ilmu yang dikongsikan sangat tidak sepadan dengan harga RM50 tu.
Nak pecah rahsia sikit ni… selalu kalau saya beli ebook affiliate marketing dari ‘guru’ luar negara, mesti kena caj ratus-ratus Ringgit Malaysia. Saya nak bagitau, ebook yang ditulis oleh Encik Mohd ni sama taraf dengan ebook luar negara.
Rugi la sapa tak beli!
Akhir kalam, kita berjumpa di artikel akan datang ya!