selamat datang ke blog pencipta konten

Selamat Datang Ke Blog Pencipta Konten!

laptop and coffee

Medan Perkongsian Buat Duit Mudah Di Internet

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t blog penciptakonten akhirnya berjaya dilancarkan. Saya menganggap ini ialah satu kejayaan. Bukan bagi saya sahaja tapi bagi anda pembaca dan bakal pembaca. Anda mahu kenal saya dengan lebih lanjut? Klik sini. Saya sudah cerita serba sedikit tentang diri saya pada page tersebut.

Blog ni ada apa ya?

Secara ringkas saya buat blog ini kerana saya ingin kongsikan cara buat duit dengan mudah di internet. Pada zaman yang mencabar ini dengan wabak COVID-19 yang setiap masa mengeluarkan varian baru (pada post ini ditulis, Malaysia sudah mencatat 11 kes jangkitan COVID-19 dengan varian Omicron), ramai yang kehilangan pekerjaan dan banyak syarikat yang gulung tikar. Portal berita Sinar Harian telah melaporkan bahawa sebanyak 81,056 penduduk Malaysia telah hilang pekerjaan dan 25% daripadanya adalah golongan profesional.

Negara dikejutkan dengan bencana banjir besar yang melanda Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Ketika artikel ini ditulis pihak kerajaan belum mengumumkan secara rasmi berapa ramai jumlah penduduk yang terlibat. Anda boleh dapatkan berita lanjut berkenaan fenomena banjir di portal berita Astro Awani.

Ini sekadar contoh keadaaan semasa pada ketika ini. Saya berharap keadaan akan bertambah baik di masa akan datang.

Sejujurnya saya amat berharap perkongsian dalam blog ini dapat membantu ramai orang untuk memperbaiki ekonomi mereka. Internet ialah jalan paling mudah untuk buat duit. Anda hanya kena tahu caranya sahaja.

Jadi, dalam artikel seterusnya saya akan terus kongsikan cara, teknik, rahsia, strategi dan formula untuk buat duit mudah di internet. Saya sudah sediakan outline tentang isi blog ini dan saya kongsikan sedikit dengan anda.

Sedikit sahaja ya!

Saya berharap anda akan enjoy perkongsian di penciptakonten.com

Untuk sementara waktu kalau anda ada feedback atau komen, boleh tinggalkan di ruangan di bawah ya!

Jumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *