PANDUAN-AFFILIATE-MARKETING

[UPDATE 2022] Panduan Affiliate Marketing Mesra Pemula.

Hai semua!

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan panduan affiliate marketing yang sangat mesra pemula. Saya akan terangkan secara ringkas tentang affiliate marketing supaya anda, para pembaca budiman boleh mula buat duit online. 

Sebelum saya bermula, saya nak cerita sikit tentang pengalaman saya dengan affiliate marketing. Bila dilihat semula, sudah 10 tahun saya menceburi bidang ini. Pengembaraan saya tertumpu pada pada pasaran antarabangsa dengan mendapat pendapatan dalam matawang US Dollar. 

Ye lah, 10 tahun dulu scene affiliate marketing sangat sendu di Malaysia. Tak meriah macam sekarang, dah ada shopee affiliate (paling popular), Accesstrade dan juga involve asia. 

Ok, cukup bercerita tentang diri sendiri… jom kita start!

Apa itu affiliate marketing?

Untuk mudah faham, affiliate marketing ialah satu teknik marketing dimana anda, sebagai affiliate marketer akan mendapat imbuhan atau komisen untuk memasarkan produk/servis yang bukan milik anda. 

Dia lebih kurang macam referral program la. Anda promote produk orang lain menggunakan pelbagai platform macam blog, channel youtube, akaun media sosial macam tiktok, facebook, twitter dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan medium lain seperti whatsapp dan juga telegram. Bila audiens anda membeli produk yangmelalui link affiliate, anda akan dapat komisen!

Komisen yang anda terima ditetapkan oleh pemilik produk tersebut. Contoh macam Program Affiliate Shopee (Lazada pun sama), akan kira komisen mengikut peratus. 

Ada juga pemilik produk yang membayar nilai tetap sebagai contoh, syarikat internet provider  TIME membayar RM77 untuk setiap pendaftaran yang berjaya.

Bagaimana carA affiliate marketing berfungsi?

Pertama sekali, anda kena kenal siapa audiens anda. Kalau followers di Instagram anda ialah mereka yang berumur 18-30 tahun, anda boleh promosikan produk yang bersesuaian dengan mereka. Mungkin kebanyakan rakan-rakan di facebook adalah mereka yang suka membaca. Jadi anda boleh promote kepada mereka subscription kindle di Amazon. Bila mereka daftar, anda akan dapat komisen!

Bila anda daftar di platform affiliate, anda akan terima 1 pautan unik milik anda seorang sahaja dan anda akan gunakan link ini di dalam konten anda nanti. 

Affiliate marketing melibatkan beberapa pihak iaitu anda (affiliate marketer), pemilik produk, pelanggan (consumer) dan juga platform affiliate marketing (optional). 

Mari saya terangkan dengan lebih lanjut ya. 

Pemilik produk

Produk dalam konteks ini tidak terhad kepada produk fizikal sahaja tau. Ada produk online macam ebook dan online courses yang menyediakan program affiliate sebagai contoh Skillshare dan juga Udemy

Sama juga dengan servis. Contoh macam servis webhosting, servis penghantaran macam Lalamove dan banyak lagi – pun ada menawarkan program affiliate. 

Affiliate marketer

Ada yang panggil marketer, ada yang panggil publisher. Ikut la tak kisah pun sebab peranannya sama sahaja iaitu promosikan produk kepada audiens mereka. Cara untuk promosikan produk ialah dengan membina konten berkenaan produk yang hendak dipromosikan. 

Konten yang tepat dan berkualiti akan memikat hati audien untuk membeli produk tersebut. Jadi mereka akan klik link affiliate tersebut dan proceed dengan bayaran. Komisen akan dibayar untuk transaksi yang berjaya sahaja tau. Sebab tu saya bagitau awal-awal kena bina konten yang menarik!

Pelanggan (konsumer)

Audiens = pelanggan. 

Tidak kisah la di platform mana pun, konten yang bagus akan menarik minat audiens untuk membuat pembelian. 

Affiliate Network

Ini optional tau. Affiliate network ni fungsi dia ialah sebagai platform yang menghimpunkan pemilik produk dan bertindak sebagai ‘orang tengah’ untuk menghubungkan pemilik produk dan affiliate marketer. 

Contoh affiliate network yang popular di Malaysia ialah Accesstrade dan juga Involve Asia. Affiliate network sediakan pelbagai produk dan servis dari pelbagai syarikat. Kelebihan untuk affiliate marketer la sebab terdapat kepelbagaian dalam produk dan servis yang dipromote!

bagaimana affiliate marketing berfungsi?

Affiliate marketing – berbaloi ke?

Mesti ada yang tanya, berbaloi ke nak buat affiliate marketing ni dah la komisen sikit…

Jawapan saya, sangat berbaloi!

Kalau tak, takkan la saya boleh tahan lebih 10 tahun dalam bidang ni kan? 

Saya bermula tanpa mengeluarkan modal. Ya, betul. Zero capital! Saya cuma laburkan masa, tenaga dan perah idea sahaja untuk menulis konten. Pada ketika itu, saya gunakan blog sebagai medium untuk saya bina konten dan kumpul audiens. Masa tu masih ramai yang suka menulis di blogspot. Percuma sahaja tiada bayaran pun. Konten yang saya tulis pula dalam bahasa Inggeris dan fokus pada audiens luar negara. Tak susah pun, tulis konten, collect email  dan tulis newsletter kepada mereka bila perlu. 

Jadi untuk bantu anda buat penilaian, mari saya senaraikan kebaikan affiliate marketing

1. Tiada modal permulaan. 

Zaman sekarang ni semua orang dah ada handphone kan? Sebagai permulaan, anda boleh gunakan handphone yang mempunyai akses internet. Itu sahaja! Laptop dan perkakasan lain tu cuma optional sahaja. Anda boleh gunakan platform media sosial untuk bina konten dan audiens. 

Berbeza dengan jenis perniagaan lain sebagai contoh, kalau anda nak mula berniaga burger anda kena ada modal permulaan paling kurang RM3000 untuk membeli perkakas dan peralatan. 

Dengan affiliate marketing, anda boleh mula hari ini dan sekarang juga. Anda cuma kena laburkan masa dan idea sahaja!

2. Pendapatan pasif

Kalau kerja makan gaji, kalau anda tak kerja maknanya takde gaji kan? Kalau affiliate marketing, anda cuma kena laburkan masa, tenaga dan idea sekali sahaja untuk bina konten. Selepas itu, setiap kali ada orang buat pembelian menggunakan link anda, anda akan dapat komisen.

Ini lah yang orang putih kata, “Make money while you sleep!”

3. Bekerja dari mana-mana sahaja

Affiliate marketing memerlukan akses internet sahaja. Jadi sebenarnya, anda boleh bekerja di mana sahaja asalkan ada akses internet. Konten yang anda bina akan menjana pendapatan secara berterusan selagi link affiliate anda ‘hidup’.

Sesuai sangat kalau anda jenis sama macam saya yang tak suka bangun pagi dan bersesak dalam trafik untuk ke pejabat!

4. Ganda usaha untuk ganda pendapatan

Komisen yang anda terima bergantung pada usaha yang anda letakkan. Kalau anda rajin untuk bina konten, berinteraksi dengan audiens, hantar email newsletter dan promosi, maka pendapatan anda pun akan bertambahlah. 

Anda nak pendapatan lebih? Gandakan saja usaha!

Bagaimana untuk bermula dalam affiliate marketing?

Untuk bermula dalam affiliate marketing, anda memerlukan beberapa perkara wajib iaitu:

1. Platform untuk bina konten

Anda perlukan medium untuk berhubung dengan audiens. Anda boleh gunakan pelbagai platform yang sedia ada yang paling mudah, media sosial lah! Dah la percuma, traffik meriah pulak tu. Platform media sosial macam facebook, instagram, youtube dan yang paling popular sekarang Tiktok memang menjadi tumpuan para affiliate marketer. Nak buka akaun pun mudah, tinggal tekan butang register sahaja. 

Sekarang saya tengok ramai juga yang gunakan whatsapp dan telegram untuk promosikan produk affiliate mereka. Mereka bina whatsapp group dan telegram channel untuk bina konten dan kumpul audiens. Saya tak pernah guna whatsapp atau telegram untuk affiliate marketing tapi anda boleh rujuk sini untuk baca dengan lebih lanjut. [Klik sini untuk baca – How To Make Money On WhatsApp Through Affiliate Marketing]

Alternatif lain yang anda boleh gunakan ialah blog atau website cuma satu kekurangannya ialah anda kena keluarkan modal untuk beli domain dan webhosting. Tak mahal pun sebenarnya. Anda boleh dapatkan domain dengan harga RM40/tahun dan webhosting beharga RM250/tahun. Bina website anda mengikut standard SEO untuk mendapatkan ranking di enjin carian supaya konten anda boleh dilihat oleh pengguna internet. Kelebihannya pula, selagi website anda ‘bernyawa’, artikel anda tidak dipadam dan selagi link affiliate anda sah, selagi itulah anda ada peluang untuk buat duit dengan affiliate marketing. 

2. Produk atau servis untuk dipromosikan

Bila platform untuk marketing dah ready, sekarang anda boleh mula cari produk untuk dipromosikan. 

Anda ada 2 pilihan iaitu:

  1. Daftar terus dengan pemilik produk 

Ada banyak produk dan servis di pasaran sekarang yang menyediakan affiliate program. Sebagai contoh, Sebagai contoh, kalau anda dalam niche teknologi maklumat, anda boleh daftar sebagai affilate untuk servis webhosting. Penyedia servis webhosting di Malaysia, iaitu Exabytes Network Sdn Bhd menawarkan komisen sehingga RM350 untuk setiap transaksi yang berjaya. 

2 marketplace popular di Malaysia iaitu Shopee dan Lazada juga menyediakan program affiliate dengan pengiraan komisen dalam bentuk percentage. 

Selepas ini saya akan ceritakan lebih lanjut ya pasal program affiliate Shopee dan Lazada ya!

  1. Gunakan platform affiliate network

Dekat Malaysia ada beberapa affilate network yang terbukti dipercayai dan efisyen. Contohnya Accesstrade, Involve Asia dan juga Klikjer. 

Kelebihan berdaftar di platform affiliate network ni ialah anda tidak terikat dengan 1 produk atau niche sahaja. Terdapat pelbagai produk dan servis yang anda boleh promosikan mengikut kesesuaian audiens anda. 

Platform affiliate marketing mesra pemula

Saya akan breakdown untuk audiens tempatan dan juga audiens luar negara – khas untuk yang target pendapatan dalam USD. 

Platform affiliate popular di Malaysia

  1. Marketplace – Program Affiliate Shopee dan Program Affiliate Lazada. 

Merujuk pada similarweb.com, 2 marketplace yang paling popular di Malaysia ni mencatat 60 juta trafik pada bulan Jun 2022 sahaja. Kedua-dua platform ini menyediakan program affiliate dengan syarat kemasukan yang mudah. Terdapat berjuta-juta produk yang disediakan. Anda hanya kena register sebagai affiliate, pilih produk dan juga promosikan kepada audiens anda. 

  1. Klikjer.com – sebuah platform yang menyediakan pelbagai ebook dalam bahasa Melayu dalam pelbagai genre seperti perniagaan, pelaburan dan juga dropship. Komisen dibayar mengikut percentage sehingga 50% untuk setiap transaksi berjaya. [DAFTAR PERCUMA SEBAGAI AFFILIATE DI KLIKJER.COM HARI INI!]
  1. Accesstrade – merupakan platform affiliate network yang menyediakan akses kepada berpuluh-puluh syarikat di Malaysia. Tidak terhad kepada syarikat menjual produk, platform affiliate network ini juga menjadi penghubung antara syarikat perkhidmatan seperti Unifi dan Lalamove dengan para affiliate marketer. [DAFTAR PERCUMA SEBAGAI AFFILIATE DI ACCESSTRADE HARI INI!]

Ok, ada yang berminat untuk join program affiliate luar negara dan jana pendapatan dalam USD ke? 

Berikutnya saya akan kongsikan beberapa program affiliate luar negara untuk anda cuba.

Platform affiliate popular luar negara

  1. Clickbank

Yang ni memang paling mudah nak daftar, komisen pun tinggi, produk pun meriah. Membariskan lebih 4000 produk dan servis dari pelbagai niche dan pelbagai syarikat popular antarabangsa. Platform ini juga menyediakan kemudahan latihan untuk para affiliate marketer yang berdaftar dengan mereka dan latihan ini percuma sahaja ya! Masa saya mula-mula join affiliate marketing, saya daftar di platform Clickbank sebab proses nak daftar tu sangat mudah.

  1. Digistore24

Lebih kurang sama macam Clickbank – mudah nak daftar, produk banyak, payment cepat. 

  1. Amazon Affiliate

Amazon merupakan sebuah marketplace gergasi dan sangat popular di Amerika Syarikat. Mencatat trafik sebanyak 2.4 billion pada bulan Jun 2022, tak susah pun nak buat sale… Amazon menyediakan barisan produk yang tak terhingga, anda cuma tinggal pilih dan promosikan sahaja. 

4 Langkah buat duit dengan affiliate marketing

Mari saya kongsikan 4 langkah untuk buat duit dengan affiliate marketing. Tak kisah la anda nak gunakan medium apa pun untuk promosikan produk, 4 langkah ni anda perlu tahu dan buat tau!

  1. Pilih niche

Persaingan dalam affiliate marketing sangat tinggi, jadi langkah pertama yang anda perlu buat ialah pilih niche yang bersesuaian. Bonus tips: Pilih niche yang kurang persaingan

Pilih satu niche dan bina jenama anda berdasarkan niche tersebut. Jadikan jenama anda sebagai pakar dan pusat rujukan dalam niche yang diplih.  

Sebagai contoh:

Anda pilih niche sukan dan rekreasi – Anda boleh bina konten dengan menulis review produk, berkongsikan maklumat dan banyak lagi. 

  1. Daftar di program affiliate yang relevan

Pilih program affiliate yang bersesuaian dengan niche dan kepakaran anda. Untuk permulaan, kalau konten anda berkisar kepada review produk anda boleh daftar sebagai affilate di marketplace dan letakkan link affiliate pada konten anda.

  1. Cipta konten bermutu tinggi

Mencipta konten bermutu tinggi ialah kunci kejayaan dalam affiliate marketing. Anda sebenarnya berkongsi maklumat dengan audiens anda. Tidak kiralah anda gunakan medium apa pun, pastikan konten yang anda cipta itu mempunyai maklumat yang tepat, jelas dan terperinci, menarik dan juga menyelesaikan masalah audiens anda.

Sebagai contoh:

Anda dalam niche sukan dan rekreasi jadi anda boleh buat review berkenaan peralatan sukan, keahlian gymnasium dan juga tips workout. 

  1. Dapatkan trafik

Bila konten anda dah mula mendapat perhatian audiens, sekarang tiba masa untuk anda alihkan trafik ke link affiliate untuk mula membuat sales. Macam mana? Senang je… 

Anda boleh:

1. Bina email list 

Kumpul email list lepas tu berinteraksi dengan mereka dengan menghantar newsletter mingguan, promosi dan pelbagai lagi. Ini untuk memastikan para audiens setiasa ‘dekat’ dengan anda. 

Sambung contoh niche sukan dan rekreasi di atas, anda boleh send email berkenaan

  • Event runningSANGAT POPULAR
  • Jualan murah produk sukan berjenama
  • Diskaun keahlian gymnasium

2. Optimumkan SEO (Search Engine Optimization)

Kalau anda gunakan medium blog atau youtube, anda boleh memandu trafik ke platform anda dengan mengoptimalkan SEO dengan cara membuat kajian keyword dan bina konten berdasarkan keyword yang bersesuaian untuk mendapat ranking yang tinggi di enjin carian. Bila dah dapat ranking di halaman pertama enjin carian (Google dan Bing), anda akan sentiasa mendapat bekalan trafik ke blog anda!

3. Trafik berbayar

Kalau anda ada modal, anda boleh gunakan khidmat iklan berbayar macam di Google Ads dan Facebook Ads. Cara ni akan menghasilkan aliran trafik yang tinggi ke platform anda. Cuma kena sediakan modal sikit lah. Oh, pastikan juga produk affiliate yang anda iklankan tu berbaloi untuk diiklankan, kalau tak nanti rugi pula.

Anda tanya, saya jawab.

Senang je..... Anda boleh mula dengan:

  • Bina konten di platform pilihan (media sosial - facebook, tiktok atau instagram), buat video di youtube atau tulis artikel di blog
  • Daftar sebagai affiliate di platform affiliate atau affiliate network
  • Letak link affiliate pada konten anda
  • Dapatkan trafik

Senang kan?

Sangat berbaloi! Anda boleh jana pendapatan pasif, bekerja mengikut kesesuaian lokasi dan masa and be your own boss!

Mestilah boleh! Anda boleh memfokuskan konten anda untuk trafik luar negara dan meletakkan link affiliate dari Clickbank, Digistore24 atau Amazon Affiliate.

Rumusan – Panduan Affiliate Marketing Yang Mesra Pemula.

Akhirnya kita sampai ke penghujung artikel. Suka saya nak maklumkan yang perkongsian ini hanyalah secara general sahaja. Sesuai untuk beginners yang baru nak menceburi bidang affiliate marketing. Terdapat banyak tips dan teknik yang saya belajar selama 10 tahun pengalaman. Yang tu nanti saya akan kongsikan dalam artikel akan datang. 

Kalau ada soalan, anda boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah ya!

Selamat buat duit dengan affiliate marketing!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *